Filem The Experts Ditayangkan Di Pawagam Mulai 23 Mei Ini

Pastinya menjadi filem aksi heist yang dinantikan pada tahun 2024 ini apabila The Experts bakal menemui penonton bermula pada 23 Mei ini menerusi pawagam di seluruh Malaysia.

Sebuah filem yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan kemudian digabungkan dengan elemen aksi, komedi, kekeluargaan dan yang paling penting unsur lokal tetap dikekalkan.

Kita bakal disajikan bagaimana lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam aksi rompakan terancang yang melibatkan sebentuk cincin permata. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikannya.

the experts

Sinopsis Filem The Experts

Filem ‘The Experts’ mengisahkan tentang sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.

Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Pelakon Dan Watak Lakonan

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Dato’ Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dap Dap, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Tony Eusoff, Mara Karin, Douglas Lim, Jay Iswazir, Michael dan ramai lagi.

Advertisements
  • Dato’ Aaron Aziz sebagai Farid
  • Syafiq Kyle sebagai Keyrol
  • Mimi Lana sebagai Emma
  • Remy Ishak sebagai Amer
  • Ray Dap Dap sebagai Lan
  • Hasnul Rahmat sebagai Johar
  • Wan Hanafi Su sebagai Jaafar
  • Tony Eusoff sebagai Bashir
  • Mara Karin sebagai Miranda
  • Douglas Lim sebagai Ah Teck
  • Jay Iswazir sebagai Glasses
  • Michael Ang sebagai Chef Juan

Farid merupakan ketua ataupun maestro, Keyrol sebagai pakar risikan, Emma selaku pakar manipulasi, Remy sebagai pakar penyamaran dan Lan merupakan pakar godam antara lima beradik ini.

the experts

Produksi & Pengarah

Filem bergenre aksi heist ini merupakan arahan Andre Chiew bersama Nazim Shah, nukilan skrip daripada Joel Soh dan diterbitkan oleh produksi Astro Shaw dengan kerjasama Zak Capital dan TGV Pictures.

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem The Experts yang akan menemui penonton mulai 23 Mei 2024 (Khamis) dan seterusnya yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Leave a Comment