Info Perlawanan Final Pestabola Merdeka 2024 : Malaysia vs Lubnan (Live Streaming)

Perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 bakal menyaksikan Malaysia vs Lubnan pada 9 September 2024, hari Ahad, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pertemuan ini menjadi acara kemuncak kejohanan, dengan Malaysia memburu gelaran juara kali ke-11 manakala Lubnan berharap untuk meraih kejuaraan sulung mereka.

Ini juga merupakan perlawanan terakhir dalam kalendar FIFA bagi kedua-dua pasukan, menjadikan pertemuan ini lebih bermakna bagi mengutip mata, sekali gus mampu untuk memperbaiki rangking FIFA.

Di samping itu, perlawanan penentuan tempat ketiga akan diadakan lebih awal iaitu mempertemukan Filipina dan Tajikistan yang bersaing untuk merebut tempat yang lebih baik dalam kejohanan ini.

Walaupun kedua-dua pasukan ini telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan sepanjang kejohanan, fokus utama tentunya tertumpu kepada perlawanan final antara Malaysia dan Lubnan.

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Lubnan

Untuk rekod, Malaysia dan Lebanon atau Lubnan telah bertemu sebanyak dua kali sahaja setakat ini, kedua-duanya adalah ketika mereka berada dalam kumpulan yang sama semasa kelayakan Piala Asia 2019.

Malangnya bagi pasukan Malaysia, kedua-dua pertemuan tersebut dimenangi oleh Lubnan dengan keputusan 2-1 baik bermain di home atau away. Walaupun ini adalah kali ketiga mereka bertemu, Malaysia pasti ingin menebus kekalahan lalu dan mencipta sejarah baru di laman sendiri.

Jika kita melihat kepada ranking FIFA terkini, Malaysia berada di kedudukan ke-134 dunia manakala Lubnan di tangga ke-116.

Perbezaan ranking ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang kekuatan kedua-dua pasukan, namun apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan akhir seperti ini, terutamanya apabila Malaysia mempunyai sokongan padu daripada penyokong sendiri.

Peringkat Separuh Akhir Pestabola Merdeka 2024

Di separuh akhir, Malaysia terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mengalahkan Filipina dengan keputusan 2-1. Gol Malaysia dijaringkan oleh Syamer Kutty Abba dan Safawi Rasid, yang menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan kemenangan.

BACA JUGA : Malaysia Berjaya Menundukkan Filipina Dengan Keputusan 2-1

Meskipun tidak mempunyai persiapan yang rapi, Filipina mampu memberikan tentangan sengit. Namun begitu, Malaysia berjaya mengatasi cabaran mereka untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Sementara itu, Lubnan berjaya menewaskan juara bertahan, Tajikistan dengan kemenangan 1-0. Walaupun perlawanan itu berlangsung sengit, Lubnan berjaya mempertahankan kelebihan tipis mereka sehingga ke wisel penamat, membolehkan mereka mara ke final.

Format Pertandingan

Juara Pestabola Merdeka edisi ke-43 akan ditentukan melalui perlawanan akhir ini. Selain meraih gelaran, pasukan yang menang juga akan memperoleh mata ranking FIFA, yang pastinya penting dalam persiapan untuk memperbaiki kedudukan.

Jika perlawanan ini berakhir dengan seri dalam tempoh 90 minit, pemenang akan ditentukan melalui sepakan penalti. Dengan format ini, setiap pasukan perlu bermain dengan bijak dan berhati-hati, kerana sebarang kesilapan kecil boleh membawa padah.

Siaran Langsung Malaysia vs Lubnan Pestabola Merdeka 2024

Untuk peminat bola sepak yang tidak berkesempatan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menonton Malaysia vs Lubnan, perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Arena 801, Astro Arena Bola 803, serta di saluran TV Okey dan sukan RTM.

Advertisements

Bagi mereka yang lebih suka menonton secara online, perlawanan ini juga akan disiarkan secara live streaming di aplikasi Sooka dan RTM Klik. Boleh strim secara percuma di laman web atau aplikasi mobile.

Keputusan Perlawanan

FT : Malaysia (1) – (0) Lubnan

Romel Morales 33′

Masa : 9.00 malam (8 September 2024)
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

Dengan segala yang dipertaruhkan, adakah Malaysia mampu mengembalikan trofi kejuaraan Pestabola Merdeka ke tanah air selepas sekian lama?

Atau adakah Lubnan akan mencipta sejarah dengan menjuarai kejohanan ini buat kali pertama? Sama-sama kita nantikan jawapannya pada malam perlawanan antara Malaysia vs Lubnan.

Peminat pastinya berharap agar Malaysia dapat mencipta kejutan dan melakar kemenangan untuk mengharumkan nama negara.

Senarai Pemenang Pestabola Merdeka 2024

  • Juara : Malaysia
  • Naib Juara : Lubnan
  • Tempat Ketiga : Tajikistan
  • Tempat Keempat : Filipina

Leave a Comment