Hantu Raya Balik Kampung Di TV3

Malam hujung minggu anda akan disajikan kembali telefilem Hantu Raya Balik Kampung yang mana akan disiarkan menerusi Cereka Ahad di TV3.

Sebuah telefilem seram komedi dengan menampilkan barisan pelakon seperti Sharif Zero, Azlee Senario, adik Danish Hazriq dan ramai lagi.

hantu raya balik kampung

Sinopsis Telefilem Hantu Raya Balik Kampung

Telemovie Hantu Raya Balik Kampung mengisahkan tentang tiga saudara iaitu Leha, Azam dan Kifaayat berumur 10 tahun.

Mereka pulang ke kampung menyambut hari raya dan merancang untuk bertanding siapa yang memperolehi duit raya paling banyak.

Masing-masing mempunyai strategi tersendiri. Misi mengutip duit raya pun bermula. Ketika mereka mengira duit raya mereka, sebatang pohon telah menghempap pondok mereka. Semenjak itu, mereka dihantui satu kelibat misteri.

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Danish Hazriq, Habiel Lutfillah, Duerra Mitilda, Sharif Zero, Azlee Senario, Joe Aziz, Lan Zailan, Diana Johor, Faizul Syaharin, Syel Ramlan dan ramai lagi.

  • Danish Hazriq sebagai Kif
  • Habiel Lutfillah sebagai Azam
  • Duerra Mitilda sebagai Oli
  • Sharif Zero sebagai Oden
  • Azlee Senario sebagai Atok
  • Joe Aziz sebagai Jusoh
  • Lan Zailan sebagai Pak Maun

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 sempena Aidilfitri ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland bersama Lina Johor dan diterbitkan oleh produksi Panthera Motion Pictures Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Hantu Raya Balik Kampung yang akan menemui penonton semula pada 28 April 2024, hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 dan secara online di Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Cereka Ahad di TV3

Waktu Disiarkan

28 April 2024, hari Ahad, jam 9.00 malam

Leave a Comment