Jadi Raya Tak Jadi Di Astro First

Sempena Syawal yang bakal menjelma, Astro bawakan sebuah super tele Jadi Raya Tak Jadi yang akan menemui penonton di pawagam rumah anda di Astro First pada 4 April ini.

Sebuah telefilem komedi yang menceritakan perihal hari raya aidilfitri ini menampilkan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Adam Eji, Farouk Hussain dan ramai lagi.

jadi raya tak jadi

Sinopsis Filem Jadi Raya Tak jadi

Jadi Raya Tak Jadi mengisahkan tentang Farid yang dibesarkan di Amerika dan kini pertama kali tiba di Malaysia untuk menyambut hari raya bersama datuk dan neneknya.

Setibanya di KLIA, Farid kehilangan semua barang berharganya seperti telefon bimbit, bagasi dan termasuk alamat kampungnya yang ingin dituju.

Farid kini terkandar di lapangan terbang keseorangan, tetapi dengan bantuan seorang pemuda misteri bernama Murad yang merupakan seorang jurujual penyaman udara, Farid dapat menumpang keretanya untuk pulang ke kampung halaman.

Perjalanan mereka ke Kedah penuh misteri. Kepercayaan Farid terhadap Murad semakin tercabar apabila Farid merasakan Murad berniat buruk terhadapnya. Kemudian Farid membuat pilihan untuk meneruskan perjalanan sendiri pulang ke kampung.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Fikry Ibrahim, Adam Eji, Farouk Hussain, Azhar Sulaiman, Dewa Sapri, Din Latah dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Farid
  • Adam Eji sebagai Murad

Produksi & Pengarah

Supertelemovie ini merupakan arahan Isqandar Jebat yang juga merupakan penulis skrip untuk cerita ini dan diterbitkan oleh produksi Measat Broadcast Network System Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk saksikan super tele Jadi Raya Tak Jadi yang akan menemui penonton pada 4 April 2024 dan seterusnya menerusi Astro First. Langgan dengan harga RM15 untuk tempoh 48 jam sama ada di Astro Go atau secara On Demand.

Info Penuh Supertelemovie

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : 4 April 2024
Idea Asal : Amni Zahra
Skrip : Isqandar Jebat
Pengarah : Iskandar Jebat
Produksi : Measat Broadcast Network System Sdn. Bhd.

OST Filem

Penyanyi : Monosterio
Lagu : Jadi Raya Tak Jadi
Lirik : Fj Muzik
Lagu: Alan Monosterio, Anep Monosterio & Fj Muzik

Leave a Comment