Drama Legenda Puteri Qaseh Musim 2 Di Astro Ceria

Siri Legenda Puteri Qaseh kini kembali menemui penonton dan kali ini menerusi musim kedua yang akan mula ditayangkan pada 22 Julai 2024 menerusi saluran Astro Ceria dan Astro Prima.

Astro membuat keputusan untuk sambung musim kedua berikutan sambutan yang menggalakkan daripada penonton dan ditambah pula dengan kemenangan di Asian Academy Creative Awards 2023 iaitu Anugerah Gangsa untuk program TV Kanak-Kanak Terbaik Buatan Asia.

BACA JUGA : Legenda Puteri Qaseh Musim 1 Tahun 2023

Lagendah Puteri Qaseh merupakan sebuah kisah dunia khayalan ajaib yang sarat dengan elemen komedi dan plot twist dalam setiap episod. Musim baru kali ini, ada ramai pelakon yang membawa watak baru seperti Hun Haqeem, Dini Schatzmann dan Ozlynn Waty.

legenda puteri qaseh 2

Sinopsis Drama Legenda Puteri Qaseh Musim 2

Lagenda Puteri Qaseh Musim 2 mengisahkan tentang Qaseh iaitu pewaris takhta kerajaan Kayajaya, menghadapi cabaran baru. Penyakit luar biasa yang dipanggil ‘Wabak Achum’ menimpa seluruh kerajaanya, memaksa Qaseh untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan Nusaria.

Sementara itu, Andika yang telah muncul semula dan berkomplot dengan Raja Sulong untuk merampas takhta Qaseh. Ditemani rakan setianya, Laila dan Wan, seorang pengawal peribadi, Qaseh mengharungi perjalanan penuh cabaran ke Nusaria. Di sepanjang jalan ke Nusaria, mereka berjaya menghalang orang-orang Andika daripada menculik Qaseh.

Di Nusaria, mereka bertemu Permaisuri Baiduri dan anaknya, Putera Amal iaitu seorang pakar kimia. Petera Amal mula mengusahakan penawar untuk ‘Wabak Achum’, tetapi ia menjadi rumit apabila Permaisuri Baiduri ingin mencari jodoh buatnya.

Advertisements

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi siri Lagenda Puteri Qaseh 2 ini seperti Qastina Karim, Hun Haqeem, Dini Schatzmann, Ozlynn Waty, Bella Dowana, Daniel Fong, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

  • Qastina Karim sebagai Puteri Qaseh
  • Hun Haqeem sebagai Wan
  • Dini Schatzmann sebagai Putera Amal
  • Ozlynn Waty sebagai Permaisuri Baiduri
  • Bella Dowana sebagai Laila
  • Daniel Fong sebagai Andika
legenda puteri qaseh 2

Produksi & Pengarah

Drama siri 8 episod ini merupakan arahan Shamyl Othman, nukilan skrip daripada Suzanne Ong bersama Hadi M. Nor dan diterbitkan oleh syarikat produksi Red Communications Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama siri Legenda Puteri Qaseh Musim 2 mulai 22 Julai 2024, bersiaran setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) atau secara online di Astro Go dan Sooka.

Leave a Comment