[LIVE] TikTok Awards Malaysia 2024 : Siaran Langsung Dan Pemenang Bagi 12 Kategori Yang Dipertandingkan

Acara TikTok Awards Malaysia kini kembali untuk tahun 2024. Pastinya ramai tidak sabar-sabar untuk ketahui siapakah yang berada sebaris dengan Khairul Aming yang juga pemenang Creator of The Year untuk edisi pertama tahun 2023 yang lalu.

Tiktok Awards Malaysia merupakan sebuah anugerah yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada pencipta konten tempatan atau content creator yang banyak memberikan perkongsian bermanfaat di platfom TikTok.

Sebanyak 12 kategori yang dipertandingkan dengan melibatkan 2 segmen utama iaitu pilihan juri (judge pick) dan juga pilihan peminat (people’s choice). Untuk anugerah pilihan peminat, undian telah dibuat sehingga 9 Ogos yang lalu menerusi aplikasi TikTok bagi orang ramai memilih sendiri TikTokers kegemaran mereka.

Pada tahun 2024, TikTok Awards mengangkat tema ‘Relisasikan Impianmu’ atau Celebrating New Dreams. Acara beprestij ini dapat memberikan ruang kepada mereka untuk mencipta kejayaan serta mengubah impian menjadi realiti.

Malam Kemuncak TikTok Awards Malaysia 2024

Malam kemuncak TikTok Awards Malaysia 2024 akan berlangsung pada Ahad, 11 Ogos 2024, pukul 9.00 malam siaran langsung dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan terus di pancarkan di TV3 dan juga live streaming di Tonton.

Bukan itu sahaja, malam anugerah ini juga turut boleh disaksikan secara live di aplikasi TikTok menerusi akaun rasmi TikTok Malaysia @tiktok_malaysia.

Selain daripada penyampaian anugerah, pada malam kumuncak juga akan dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada artis seperti Faizal Tahir, Aina Abdul, Wani Kayrie, Afieq Shazwa, Amir Jahari dan ramai lagi.

Sebahagaian mereka juga akan terlibat bagi penyampaian anugerah disamping nama-nama TikTokers lain seperti Khairul Aming, Sofyank, Ryan Bakery, Bella Astillah, Erra Fazira dan ramai lagi.

Manakala Che Puan Sarimah Ibrahim bersama gandingan Janna Nick bertanggungjawab untuk menghangatkan lagi malam anugerah sebagai pengacara di pentas utama sepanjang acara.

Senarai Pemenang & Calon Dalam 12 Kategori TikTok Awards Malaysia 2024

Berikut merupakan senarai penuh calon dalam 12 kategori yang dipertandingkan disamping satu anugerah baharu yang diperkenalkan iaitu Changemaker of The Year. Tumpuan pastinya terarah kepada anugerah utama, Creator of the Year.

Pemenang bagi setiap kategori, akan dikemaskini sejurus selepas pengumuman dibuat pada malam kemuncak kelak

Pilihan Juri

AnugerahPemenang
Creator of the Year@chesayang_kitche
Celebrity of the Year@bellaastillah_94
Video of the Year@agy.official
TikTok LIVE Creator of the Year@acaps19
TikTok Shop Creator of the Year@yang (Pinnyang)
Anugerah BaharuPemenang
Changemaker of The Year@braderwheelchair & @lokopunohgroup

Pilihan Peminat

Entertainment Creator of the Year:

  • @shiltoklady
  • @abang_shah_
  • @lyanafitry
  • @shahril_pecintamuvee
  • @kanafly – Pemenang
  • @achikmael

Animation Creator of the Year:

Advertisements
  • @sumieazil
  • @yimotapir – Pemenang
  • @bichimao
  • @wananimation
  • @lillizat
  • @myorrrr

Gaming Creator of the Year:

  • @kingshahx – Pemenang
  • @xkpenjahat
  • @ombonghaha
  • @sabiqqqqq
  • @thelieyaa
  • @roshanotgamer

Education Creator of the Year:

  • @lawyersresponse
  • @aminxabid – Pemenang
  • @nuraezzatie
  • @eizuwan
  • @professionalbimbo
  • @financialfaiz

Food Creator of the Year:

  • @ananthancharan
  • @tang_guo12 – Pemenang
  • @hungrysam_oe
  • @hishamraustv
  • @soyabelacan
  • @inshaneats

Sports Creator of the Year:

  • @haziq_panna
  • @foongyixin
  • @amaranas_ – Pemenang
  • @serahsocool
  • @adeq.pitcher
  • @badman_badminton

Beauty & Fashion Creator of the Year:

  • @ashyedward
  • @nynabukater
  • @azfarherii
  • @aishahrahim07 – Pemenang
  • @jpbrinx
  • @cheesusus

Leave a Comment