Filem Peluang Ketiga Di Astro First

Filem Peluang Ketiga anda boleh mula tonton di pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First 480 bermula 21 Mac ini dan hingga seterusnya.

Sebuah super tele yang diinspirasikan lagu ‘Peluang Kedua’ nyanyian Nabila Razali yang merupakan pelakon utama dalam cerita ini.

peluang ketiga

Sinopsis Filem Peluang Ketiga

Filem Peluang Ketiga mengisahkan tentang Zulaikha dan Yusuf yang telah menjalinkan hubungan sejak zaman universiti. Hubungan mereka putus kerana Yusuf tidak bersetuju dengan keputusan Zulaikha untuk bergelar penyanyi.

Zulaikha bertemu dengan Mikhail, seorang lelaki yang baik hati yang menyokong semua yang Zulaikha lakukan. Yusuf meneruskan kerjayanya sebagai pelumba basikal profesional dan jatuh cinta dengan wartawan sukan, Alya.

Ketika Mikhail melamar Zulaikha, Yusuf cemburu. Bolehkah Yusuf melupakan Zulaikha?

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Nabila Razali, Fadlan Hazim, Afieq Shazwan, Zalif Sidek, Najua P. Ramlee, Faha Azhar, Shahruddin Thamby, Ku Faridah dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Nabila Razali sebagai Zulaikha
  • Fadlan Hazim sebagai Yusuf
  • Afieq Shazwan sebagai Mikhail
  • Zalif Sidek sebagai Sagan
  • Najua P. Ramlee sebagai Balqis

Produksi & Pengarah

Filem dengan genre drama romantik ini merupakan arahan Hahsim Rejab, penulisan skrip daripada Rina Khan dan diterbitkan oleh produksi Golden Adventure Creative Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan filem Peluang Ketiga yang akan mula ditayangkan di platform Astro First pada 21 Mac 2024 hingga seterusnya. Anda boleh sewa di saluran 480 atau Astro Go dengan harga RM15 untuk tempoh 48 jam.

Info Penuh Filem

Tayangan : Astro First
Tarikh : 21 Mac 2024
Penulis Skrip : Rina Khan
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Global Adventure Creative Sdn. Bhd.

Leave a Comment