Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2024)

Gempak Most Wanted Awards kini kembali dengan edisi ketiga pada tahun 2025 dimana mengiktiraf sumbangan dan pencapaian content creators serta selebriti Malaysia sepanjang tahun 2024.

Acara tahunan ini menjadi platform utama untuk meraikan bakat-bakat kreatif yang menonjol menerusi pelbagai platform digital seperti TikTok, Instagram, YouTube, Facebook, dan X (dahulunya Twitter).

Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, Gempak Most Wanted Awards (GMWA) telah berjaya menarik perhatian ramai peminat dalam dunia digital dan industri kreatif.

Hafiz Mahamad dan Anna Jobling merupakan antara nama-nama yang pernah membawa pulang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted Awards’ pada edisi sebelumnya tahun 2022 dan 2023.

Kemenangan mereka membuktikan betapa pentingnya sokongan peminat dalam menentukan kejayaan seseorang content creator atau selebriti.

Tema GMWA2024, ‘Flex Your Art’, menekankan kepelbagaian dan kreativiti dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan dalam acara edisi kali ini, dengan pemenang setiap kategori ditentukan sepenuhnya melalui undian online oleh peminat.

BACA JUGA : Senarai Calon Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2024

Undian ini telah dibuka dari 15 Januari hingga 23 Februari 2025 yang memberikan peluang kepada peminat untuk menyokong idola mereka.

Calon top 5 yang berjaya meraih undian tertinggi secara keseluruhan akan dinobatkan sebagai pemenang utama ‘Gempak Most Wanted Awards’.

Malam kemuncak GMWA2024 diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada hari Ahad 23 Februari 2025, pukul 9.00 malam.

Acara gilang-gemilang ini dihoskan oleh trio pengacara terkenal, Amelia Henderson, Sean Lee, dan Sherry Alhadad, yang pastinya akan membawa suasana yang meriah dan menghiburkan.

Selain pengumuman pemenang, malam kemuncak juga turut dimeriahkan dengan persembahan pentas daripada artis-artis ternama seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Nadeera, Dato’ Sheila Majid, Hujan, Amir Masdi, Ara Johari, dan ramai lagi.

Advertisements

Bagi peminat yang tidak dapat hadir secara fizikal, GMWA2024 turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria serta melalui live streaming di platform Sooka.

Turut disediakan saluran tambahan secara Live+ di laman youtube Astro Gempak untuk memastikan tiada yang terlepas detik-detik istimewa ini.

Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2024)

Berikut adalah senarai pemenang Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2024):

  1. Gempak Most Wanted Awards – Anna Jobling
  2. Keluang Man Of The Year (Anugerah Khas) – Abbe Hae
  3. Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024 – Amin Abid
  4. Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024 – Ryan Bakery
  5. Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024 – Khairul Aming
  6. Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024 – Fathi Hussein
  7. Digital Creator (e-Sports) Tergempak 2024 – Pok Ro
  8. Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024 – Sofea Shra
  9. Program Digital Tergempak 2024 – PodcaSTERK – Keputusan SPM 7G (Sterk Production)
  10. Selebriti Tergempak 2024 – Anna Jobling
  11. Drama Tergempak 2024 – Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)
  12. Video Muzik Tergempak 2024 – Belum Mulai oleh (Insomniacks & Nabila Taqiyyah)
  13. Lagu/Audio Tergempak 2024 – Cinta Tak Pernah Tepat Waktu oleh (Aina Abdul & Fabio Asher)

GMWA2024 bukan sekadar anugerah, tetapi juga bukti kepada dedikasi dan kreativiti content creator serta selebriti Malaysia dalam menghasilkan kandungan yang memukau dan menginspirasi.

Jom sama-sama saksikan malam penuh bersejarah ini!

Leave a Comment