Perempuan Paling Merana Di Tonton

Drama siri original Perempuan Paling Merana akan menemui penonton mulai 5 Jun 2024 menerusi platform penstriman Tonton.

Sebuah drama yang mengisahkan bagaimana gadis escort yang bahagia selepas berhijrah, tetapi kembali kuca-kacir apabila diganggu oleh seseorang daripada kehidupan lampaunya.

perempuan paling merana

Sinopsis Drama Perempuan Paling Merana

Drama Perempuan Paling Merana mengisahkan tentang Saleha, bekas gadis escort kelas atasan sudah berhijrah dan bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya, Amir. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nurain.

Saleha adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia.

Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya. Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO untuk mengisi masa senggangnya.

Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya.

Advertisements

Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

perempuan paling merana

Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin, Husna Mustaffa, Puteri Rayyana Rayqa, Nizam Kama dan ramai lagi

  • Mimi Lana sebagai Saleha
  • Fikry Ibrahim sebagai Amir
  • Zamarul Hisham sebagai Pak De’
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nurain

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Syed Fariz dan diterbitkan oleh syarikat produksi Anomalous Films.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Perempuan Paling Merana yang akan menemui penonton mulai 5 Jun 2024 secara eksklusif di platform penstriman Tonton.

Leave a Comment