Pestabola Merdeka 2024 : Malaysia vs Filipina [Siaran Langsung]

Malaysia vs Filipina akan menjadi antara perlawanan yang berlangsung dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024 yang bakal berlansung bagi meraihkan hari Kemerdekaan Malaysia setiap tahun.

Pestabola Merdeka pertama kali dianjurkan pada tahun 1988 dan tahun 2024 merupakan edisi ke-43 untuk kejohanan ini. Dalam edisi kali ini, empat pasukan yang akan bersaing adalah Malaysia, Filipina, Lubnan, dan Tajikistan.

Kejohanan dilangsungkan secara kalah mati bermula di peringkat separuh akhir yang menyaksikan Malaysia bertemu Filipina dan Lubnan berdepan Tajikistan.

Pasukan yang menang akan melangkah ke final untuk merebut gelaran juara, manakala yang tewas akan bertemu dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Pestabola Merdeka juga merupakan perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 dalam kalendar FIFA, menjadikannya satu acara yang dinantikan dalam kalendar bola sepak.

Head-to-Head Malaysia vs Filipina

Untuk rekod, Malaysia dan Filipina telah bertemu sebanyak 9 kali sebelum ini dalam sejarah pertemuan mereka. Malaysia mempunyai rekod cemerlang dengan 4 kemenangan, 5 seri, dan tidak pernah tewas kepada Filipina.

Pertemuan terakhir mereka pada tahun 2022 menyaksikan Malaysia meraih kemenangan 2-0, menambahkan keyakinan pasukan Harimau Malaya menjelang perlawanan ini.

Penglibatan Filipina dalam Pestabola Merdeka

Ini merupakan kali pertama Filipina dijemput dan beraksi dalam Pestabola Merdeka. Filipina akan menjadi negara keenam dari rantau Asia Tenggara yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini selepas Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, dan Singapura. Penyertaan Filipina menambah saingan dan kepelbagaian dalam kejohanan kali ini.

Sejarah Malaysia di Pestabola Merdeka

Sebagai tuan rumah, Malaysia tidak pernah terlepas daripada menyertai Pestabola Merdeka. Malaysia telah muncul juara sebanyak 10 kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1958.

Selain itu, pasukan Harimau Malaya juga telah bergelar naib juara sebanyak 7 kali dan muncul sebagai juara bersama sebanyak 2 kali iaitu bersama Korea pada tahun 1960 dan 1967, menunjukkan dominasi mereka dalam kejohanan ini.

Siaran Langsung Malaysia vs Filipina

Perlawanan antara Malaysia vs Filipina akan berlangsung pada hari Rabu, 4 September 2024, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Pertandingan ini boleh ditonton secara langsung di Astro Arena, Astro Arena 803, TV Okey, dan Sukan RTM. Untuk penonton yang lebih suka menonton secara online, siaran langsung boleh diakses melalui aplikasi Sooka dan RTM Klik.

Pada belah petang hari yang sama, jam 4.30 petang, satu lagi perlawanan antara Lubnan dan Tajikistan akan diadakan di venue yang sama.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan pertama Pestabola Merdeka antara Malaysia vs Filipina pada Rabu ini.

Pastikan anda berada di hadapan televisyen atau peranti anda untuk menyaksikan aksi menarik dan penuh semangat dalam kejohanan yang berprestij ini!

Keputusan Perlawanan

FT : Malaysia (2) – (1) Filipina

  • Jefferson Tabinas 27′
  • Syamer Kutty Abba 43′
  • Safawi Rasid 73′ (P)

Leave a Comment