Ramadan Berteduh Syawal Di TV9

Telefilem Ramadan Berteduh Syawal yang pernah ditayangkan pada tahun 2012, kini akan bersiaran semula pada 1 April 2024 menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

Sebuah telefilem yang berkisarkan tentang Ramadan dan Syawal ini menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Sari Yanti, Ku Faridah dan ramai lagi.

ramadan berteduh syawal

Sinopsis Telefilem Ramadan Berteduh Syawal

Telefilem Ramadan Berteduh Syawal ini mengisahkan Khairol yang bekerja sebagai penghantar cepat, dibuang kerja dengan notis 24 jam selepas dokumen penting pelanggan hilang ketika berada dalam tanggungjawabnya.

Disebabkan itu, dia mula tertekan. Ibunya, Mak Esah memintanya bersabar, tetapi isterinya, Serena risau mereka akan berdepan dengan masalah kerana terpaksa membayar ansuran bulanan barang kemas yang dibeli sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

Khairol yang mudah menggelabah, merungut mengenai perkara ini membuatkan Serena merungut kerana dia tidak pernah meminta atau memaksa suaminya membelikan barangan kemas ini.

Dia memberikan cadangan agar Khairol memulangkan barangan kemas ini kepada Kak Ani, penjual barang kemas itu namun, Kak Ani enggan menerima kerana menganggap barangan kemas ini adalah barang terpakai.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini ialah Beto Kusyairy, Sari Yanti, Ku Faridah, Puteri Luvvna, Harun Hashim, Mak Jah, Azry Iskandar, Azza Suaymi, Zahiril Adzim, Azimat dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Beto Kusyairy sebagai Khairol
  • Sari Yanti sebagai Serena
  • Ku Faridah sebagai Mak Esah
  • Puteri Luvvna sebagai Alia
  • Azza Suayimi sebagai Sara
  • Zahiril Adzim sebagai Shah
  • Azry Iskandar sebagai Baim

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2012 ini merupakan arahan Ellie Suriati, nukilan skrip dariapda Mazelan Manan dan diterbitkan oleh produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Ramadan Berteduh Syawal yang akan menemui penonton semula pada 1 April 2024, hari Isnin pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2012
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 1 April 2024 (Isnin)
Waktu : 8.30 Malam
Skrip : Mazelan Manan
Pengarah : Ellie Suriati Omar
Produksi : Enuja Production Sdn Bhd

Leave a Comment