Table Of Content
Telefilem Secebis Doa Di Pagi Syawal pada awalnya ditayangkan pada tahun 2009 dan kini bakal menemui penonton semula menerusi saluran RTM di TV2.
Sebuah telefilem raya yang ditayangkan khas sempena Aidilfitri dengan menampilkan lakonan Fahrin Ahmad, Marisa Yasmin dan Sari Yanti.
Sinopsis Telefilem Secebis Doa Di Pagi Syawal
Telefilem Secebis Doa Di Pagi Syawal mengisahkan tentang kehidupan Shahril yang merajuk hati dengan ibunya Mak Lijah dan kakaknya Safiah kerana menghalang perkahwinannya.
Ibunya menghalang perkahwinan itu kerana mahu Shahril menumpukan perhatian pada pengajiannya namun beliau tetap berkahwin dengan Lorna. Shahril mengambil keputusan untuk tidak pulang ke tanah air setelah tamat pengajian di Amerika.
Setelah kembalinya ke tanahair, dia langsung tidak pulang menjenguk ibu dan kakaknya di kampung disamping turut mengenepikan keluarga dan agama.
Shahril tidak mempedulikan ibadah puasa di bulan Ramadhan malah turut menghalang Lorna dari berpuasa dengan alasan bimbang akan menjejaskan kandungannya.
Lorna kecewa dengan sikap Shahril kerana beliau teringin untuk menjalani ibadah itu. Perubahan sikap Shahril turut disedari oleh rakan sekampungnya Zul yang banyak memberi nasihat namun tidak diendahkannya.
Menjelang Aidilfitri, setelah Lorna melahirkan anak mereka, beliau sedar akan kesilapannya lalu kembali kepangkuan keluarga.
Barisan Pelakon & Watak
Berikut merupakan antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini sepert Normah Damanhuri, Fahrin Ahmad, Marisa Yasmin, Sari Yanti dan ramai lagi.
- Fahrin Ahmad sebagai Shahril
- Normah Damanhuri sebagai Mak Lijah
- Marisa Yasmin sebagai Safiah
Waktu Bersiaran
Saksikan semula telefilem Secebis Doa Di Pagi Syawal yang akan menemui penonton semula pada 19 April 2024, hari Jumaat, jam 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan online RTM Klik.
Dimana Disiarkan?
Slot Drama On 2 di TV2
Waktu Bersiaran
19 April 2024 (Jumaat), 3.00 petang