Cara Tonton Siaran Langsung JDT vs Penang Liga Super 2024

Untuk peminat bola sepak tempatan, perlawanan mingguni melibatkan JDT vs Penang anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan juga di siaran Sukan RTM.

Ini merupakan perlawanan pembukaan minggu kesepuluh (LS10) bagi saingan Liga Super 2024/2025 selepas hampir dua minggu berehat bagi memberi ruang untuk skuad kebangsaan beraksi dalam Pestabola Merdeka 2024.

JDT vs Penang akan berlansung lebih awal berbanding jadual asal iaitu pada 12 September 2024, hari Khamis dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam. Ianya diadakan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

JDT yang kini berada di puncak liga dengan 22 mata, pastinya akan terus mempertahankannya dan ingin menjarakkan lagi kedudukan daripada pasukan lain sekali gus mengekalkan kejuaraan.

Meskipun tugasan agak sukar untuk Penang FC mencari kemenangan bertemu JDT, mereka pastinya datang dengan azam yang besar sekurang-kurangnya untuk mencuri 1 mata di tempat lawan.

Manakan tidak, jika dilihat rekod 5 pertemuan terakhir, kesemuanya berpihak kepada Johor Darul Ta’zim. Dalam tempoh tersebut Penang telah dibolosi sebanyak 22 jaringan berbanding 1 gol yang berjaya tembusi gawang JDT.

Advertisements

Siaran Langsung JDT vs Penang Dan Live Streaming

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi JDT vs Penang pada Khamis, 12 September 2024 bersiaran langsung dari Stadium Sultan Ibrahim dan dipancarkan di saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di platform RTM Klik secara percuma. Boleh menggunakan sama ada laman web https://rtmklik.rtm.gov.my/ atau aplikasi mobile.

Leave a Comment