Syawal Yang Ku Inginkan Di TV9

Telefilem Syawal Yang Ku Inginkan kini akan menemui penonton semula pada 5 April 2024 menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

Sebuah telefilem yang sarat dengan pengajaran ini menampilkan pelakon hebat seperti Fauziah Dato Ahmad Daud, Izreen Azminda, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

syawal yang ku inginkan

Sinopsis Telefilem Syawal Yang Ku Inginkan

Telefilem Syawal Yang Kuinginkan mengisahkan tentang Hani merupakan tukang jahit yang rajin dan bercita-cita tinggi. Dia berazam untuk menjadi pereka fesyen yang popular seperti bosnya Izuan Ramli.

Bosnya berjanji akan membawanya menyertai satu pertunjukan fesyen di New York. Hani terlalu komited dengan kerjanya sehingga mengabaikan nenek, kakaknya dan sanak saudara di kampung.

Dia pulang ke kampung untuk percutian Hari Raya setelah menyiapkan tempahan pakaian yang begitu banyak di butiknya.

Namun, Hani sering bergaduh dengan kakaknya Indah, setelah pulang ke kampung halamannya. Dia juga berperangai kasar terhadap neneknya.

Barisan Pelakon

Nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fauziah Dato Ahmad Daud, Izreen Azminda, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fendi Seman, Cik Puteh, Hairi Safwan, Haryati Hamid dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Fauziah Dato Ahmad Daud sebagai Wan
  • Izreen Azminda sebagai Indah
  • Azira Shafinaz sebagai Hani
  • Idris Khan sebagai Qazim
  • Fendi Seman sebagai Hilal
  • Cik Puteh sebagia Ros
  • Hairi Safwan sebagai Ezuan
  • Haryati Hamid sebagai Kak Jah

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Ayie Mustafa, nukilan skrip daripada Syed Taufik Al-Attas dan diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Syawal Yang Ku Inginkan yang akan menemui penonton semula pada 5 April 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara striming di Tonton.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2022
Tarikh : 5 April 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Farhana Atiqah
Skrip : Syed Taufik Al-Attas
Pengarah : Ayie Mustafa
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment