Telefilem 14 Hari Di TV3

Jika anda tiada urusan pada hujung minggu ini, jangan lupa untuk tonton telefilem 14 Hari yang akan bersiaran menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.

Sebuah kisah romantik drama yang memaparkan bagaimana buat pertama kali merasai dicintai oleh lelaki tetapi hanya terhad untuk 14 hari sahaja.

14 hari

Sinopsis Telefilem 14 Hari

Telefilem 14 mengisahkan tentang Anggun yang dalam dilema apabila keluarganya ingin berpindah ke Dubai. Anggun enggan, kerana dua matlamatnya yang belum dicapai, iaitu bercinta dan memiliki syarikat penerbitan sendiri.

Advertisements

Disebabkan itu, dia menawarkan cadangan kepada rakan baiknya, Eddie untuk mejadi kekasihnya selama 14 hari sebelum berpindah ke Dubai. Namun begitu, Eddie tidak tahun tentang penghijrahan Anggun ke Dubai.

Genap 14 hari Anggun dan Eddie sebagai pasangan kekasih. Sebelum berpisah mereka mengungkapkan kata-kata cinta terakhir. Namun kata-kata yang diucapkan Eddie adalah ikhlas daripada hatinya.

Eddie sedar bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Anggun pada akhirnya. Tetapi tiba-tiba Mia muncul dan menarik Eddie daripada Anggun. Akhirnya ibu bapa Anggun izinkan hubungan Anggun dan Eddie. Mia terpaksa dilepaskan.

Advertisements

Pelakon Dan Watak Lakonan

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Elisya Sandha, Syazuwan Hassan, Lukman Hafidz, Ah Joo, Aisha Atan, Arash Mohd, Watie Sadali, Riena Diana , Faiz Tapaw, Putera Ammaris dan ramai lagi.

  • Elisya Sandha sebagai Anggun
  • Syazuwan Hassan sebagai Eddie
  • Lukman Hafidz sebagai Adam
  • Ah Joo sebagai Ismail
  • Aisha Atan sebagai Marina
  • Arash Mohd sebagai En. Ali
  • Watie Sadali sebagai Miss Nelly
  • Riena Diana sebagai Anis

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Khalid Nadzri, nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan diterbitkan oleh produksi Jutaan Ringgit Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk tonton semula telefilem 14 Hari yang akan menemui penonton pada 11 Mei 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment