Telefilem 3 Dara Pinggiran Di TV3

Malam hujung minggu ini sekiranya anda tidak ada aktiviti, anda boleh saksikan semula telefilem 3 Dara Pinggiran yang akan bersiaran menerusi saluran TV3.

Sebuah telefilem dengan menampilkan 3 pelakon ternama negara iaitu Amyza Aznan, Noorkhiriah dan Sharifah Sahora sebagai antara teraju utama sepanjang penceritaan.

3 dara pinggiran

Sinopsis Telefilem 3 Dara Pinggiran

Telefilem 3 Dara Pinggiran mengisahkan tentangĀ 3 jutawan wanita dengan kehidupan mewahnya yang tiba-tiba dirampas oleh suasana Covid. Disebabkan itu, berlaku Lockdown berkali-kali sehingga membuatkan syarikat mereka muflis.

Lebih malang lagi, mereka ditipu scammer pula, lalu tersadai di sebuah kampung di tengah hutan. Adakah benar ia adalah kampung bunian?

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam cerita ini seperti Amyza Aznan, Noorkhiriah, Sharifah Shahora, Zizan Nin, Husna Mustaffa, Hariz Hamdan, Fimir Don, Kamal Bakar dan ramai lagi.

Advertisements
  • Amyza Aznan sebagai Mona
  • Noorkhiriah sebagai Hawa
  • Sharifah Shahora sebagai Laila
  • Husna Mustaffa sebagai Melor
  • Hariz Hamdan sebagai Pekan
  • Fimir Don sebagai Haziq

Produksi & Pengarah

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Alia Zekri, nukilan skrip daripada Amor Rizan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Pada Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan kembali telefilem 3 Dara Pinggiran yang akan bersiaran pada 17 Mei 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment