Telefilem Abang Samseng Jemur Kain Di TV3

Saksikan telefilem Abang Samseng Jemur Kain yang akan menemui penonton semula pada 27 September 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 dan secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan arahan Nuad Hj Othman, nukilan skrip daripada Rosmadewi Mohamed Zain serta diterbitkan oleh syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 27 September 2024 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Skrip : Rosmadewi Mohamed Zain
Pengarah : Nuad Hj Othman
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Pelakon Dan Watak

Barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fahrin Ahmad, Tasha Sheila, Jalil Hamid, Zul Yahya, Cat Farish, Fauziah Nawi, Amar Bahrin, Imam Muda Hassan, Jumal Yunus dan ramai lagi.

  • Fahrin Ahmad sebagai Marzuki
  • Tasha Sheila sebagai Elyana
  • Jalil Hamid sebagai Pak Maik
  • Zul Yahya sebagai Budin
  • Cat Farish sebagai Riduan
  • Fauziah Nawi sebagai Mariam

Sinopsis Telefilem Abang Samseng Jemur Kain

Telemovie Abang Samseng Jemur Kain mengisahkan tentang Marzuki iaitu seorang samseng yang bekerja sebagai penarik kereta dan pengutip hutang Along. Dia dibantu oleh Budin dan Rizuan

Advertisements

Sebagai samseng dia sangat ditakuti tetapi apabila isterinya, Elyana menelefon dia akan menjawab dengan nada yang manja. Personaliti Marzuki yang samseng bertukar menjadi seorang yang manja apabila berada di rumah.

Marzuki juga sering membantu isterinya menjalankan urusan-urusan di rumah. Marzuki menyembunyikan tentang kerjayanya pada Yana.

Leave a Comment