Telefilem Aduh Sayang Di TV3

TV3 bawakan kembali telefilem Aduh Sayang di kaca tv menerusi slot Wayang yang mana akan disiarkan pada 7 Jun ini.

Sebuah telefilem menampilkan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dimana menjadi antara kemunculan mereka dalam dunia lakonan.

aduh sayang

Sinopsis Telefilem Aduh Sayang

Telefilem Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun.

Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus.

Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.

Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.

Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budakā€¦

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Selain daripada Tiz Zaqyah dan Remy Ishak, terdapat juga lakonan daripada Fatimah Abu Bakar, Rahim Omar, Adiba Farhana, Haiqal Aiman, Balqis Azizi, Mikail Sher, Norlela Yamad dan ramai lagi.

  • Remy Ishak sebagai Shidi
  • Tiz Zaqyah sebagai Nini
  • Fatimah Abu Baka sebagai Ros
  • Rahim Omar sebagai Latif
  • Adiba Farhana sebaga Fateha
  • Haiqal Aiman sebagai Fayyad

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2011 ini merupakan arahan Faisal Ishak, nukilan bersama Eenaz Mokhtar dan Mira Mustaffa dan diterbitkan oleh produksi Filmscape Television.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Aduh Sayang yang akan bersiaran semula pada 7 Jun 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment