Telefilem Air Zam Zam Untuk Mak Di TV9

Sempena Hari Raya Aidiladha, anda akan disajikan kembali telefilem Air Zam Zam Untuk Mak yang akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

Sebuah telefilem khas dan cerita yang berat dan sarat dengan emosi ini menampilkan Jue Aziz, Idris Khan dan Wan Maimunah sebagai teraju utama.

air zam zam untuk mak

Sinopsis Telefilem Air Zam Zam Untuk Mak

Telefilem Air Zam Zam Untuk Mak mengisahkan tentang seorang ibu iaitu Mak Jah yang teringin untuk pergi menunaikan ibadah Haji di Mekah apabila sudah menabung sejak 30 tahun lalu.

Sejak Mak Jah tinggal bersama anaknya Suhaili, dia memerhatikan suami Suhaili iaitu Borhan yang terlalu obses mencari harta kekayaan.

Dalam diam, Borhan sanggup memberi rasuah akibat perangai buruknya Borhan ditangkap dan segala akaunya dibekukan. Apabila Borhan dibebaskan, Mak Jah pula jatuh sakit.

Dia memohon Borhan dan Suhaili ke tanah suci bagi menggantikan tempatnya. Hanya satu permintaannya iaitu pulang dengan membawa air zam-zam. Adakah Borhan dan Suhaili akan menunaikan satu-satunya permintaan ibu mereka itu?

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Selain Wan Maimunah, Jue dan Idris, terdapat juga pelakon lain terlibat dalam telefilem ini seperti Fezrul Khan, Abby Nadzri, Sahronizam dan ramai lagi.

  • Wan Maimunah sebagai Mak Jah
  • Idris Khan sebagai Borhan
  • Jue Aziz sebagai Suhaili

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan sutradara Khalid Nadzri, nukilan skrip daripada Zarihah Hassan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Alfanazra Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan semula telefilem Air Zam Zam Untuk Mak pada 10 Jun 2024, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau strim di Tonton.

Leave a Comment