Table Of Content
Pada malam hujung minggu nanti, telefilem Akhil Yang Bakhil akan menemui penonton kembali menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.
Sebuah telemovie komedi menampilkan barisan pelakon Syazwan Zulkefli, Bell Ngasr, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Akhil Yang Bakhil
Telefilem Akhil Yang Bakhil mengisahkan tentang Akhil yang digelar Akhil Bakhil kerana sifatnya yang kedekut seperti Haji Bakhil. Apabila suatu hari Akhil mengalami sakit kepala dan mengunjungi Klinik Dr Amira, dia disahkan mengidap kanser otak dan dijangka tidak mampu hidup lama.
Akhil terkejut. tunangnya Nina mula tawar hati dengan Akhil. Akhil menyesal dengan sikapnya selama ini dan memohon maaf kepada semua kenalannya. Sudah jatuh ditimpa tangga, Nina memutuskan pertunangannya bersama Akhil.
Ketika Akhil ke klinik untuk memeriksa semula penyakitnya, Dr Amira pelik kerana dia tidak pernah mengesahkan tentang kanser yang dihidapi Akhil. Lantas dia teringat akan adik kembarnya yang kurang siuman ketika menemaninya ke klinik beberapa minggu lepas.
Pelakon Dan Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Syazwan Zulkefli, Bell Ngasri, Azlee Senario, Aishah Atan, Cacha Maembong, Nazeera Sardi, Nasir Bilal Khan, A Galak, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.
- Syazwan Zulkefli sebagai Akhil
- Bell Ngasri sebagai Mat Din
- Cacha Maembong sebagai Nina
- Azlee Senario sebagai Pak Jali
- Aishah Atan sebagai Maksom
- Michelle Wee sebgai Dr. Amira
Produksi & Pengarah
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Nazir Jamaluddin, nukilan skrip daripada MF Kenchan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Macheallstar United Sdn. Bhd.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Akhil Yang Bakhil yang akan bersiaran semula pada 24 Mei 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh secara online di Tonton.