Telefilem Aku Ingin Ke Syurga Di TV2 (Drama On 2)

Saksikan telefilem Aku Ingin Ke Syurga yang akan bersiaran kembali pada 23 Julai 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga saksikan secara online di RTM Klik.

Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Mohd Ady Hafize, nukilan skrip daripada Farhana Fauri dan diterbitkan oleh syarikat produksi Adtisha Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 23 Julai 2024 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Mohd Ady Hafize
Pengarah : Farhana Fauri
Produksi : Adtisha Production Sdn. Bhd.

aku ingin ke syurga

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Gen Darwish, Fauzi Nawawi, Tasha Shila, Afiq Muiz, Tisha Shamsir, Lisdawati, Kenji Sawahi, Adam Shadan, Erry Putra dan ramai lagi.

Advertisements
  • Tasha Shilla sebagai Sakinah
  • Fauzi Nawawi sebagai Shuib
  • Gen Darwish sebagai Amar
  • Tisha Shamsir Alam sebagai Tini
  • Afiq Muiz sebagai Azmi
  • Erry Putra sebagai Zaki

Sinopsis Telefilem Aku Ingin Ke Syurga

Telefilem Aku Ingin Ke Syurga mengisahkan tentang Sakinah iaitu seorang pengasuh kepada Amar yang mana seorang kanak-kanak yang tidak boleh bercakap akibat trauma kerana didera oleh makciknya sendiri.

ukan itu sahaja, Sakinah juga sering menjadi mangsa dera suaminya sendiri. Disebabkan itu, pelbagai konflik berlaku dan akhirnya Amar meninggal dunia.

Leave a Comment