Telefilem Aku Menteri Dapur Di TV2

RTM bawakan kembali telefilem Aku Menteri Dapur yang pernah popular pada tahun 2015 dan kini akan menemui penonton semula di TV2.

Sebuah kisah tentang si suami yang jiwanya yang lebih cenderung kepada memasak berbanding memegang jawatan yang dia tidak minat.

aku menteri dapur

Sinopsis Telefilem Aku Menteri Dapur

Telefilem Aku Menteri Dapur mengisahkan tentang Fauzi bekerja sebagai auditor di sebuah syarikat di Kuantan. Isterinya, Sofi pula bekerja di Maran dan mereka tinggal di Gambang.

Akibat jarak yang agak jauh, Fauzi sering lewat ke pejabat dan menerima surat amaran yang ketiga. Beliau beberapa kali bercadang untuk meletak jawatan tetapi sering dibantah oleh Sofi. Tambahan pula kerja audit ini tidak sesuai dengan jiwanya yang lebih cenderung kepada memasak.

Akhirnya beliau berhenti kerja tanpa pengetahuan Sofi dan ingin membuka kelas masakan di rumah. Dengan bantuan rakannya Mawi, beliau mendapat pelajar hadir ke kelas masakannya melalui akaun Facebook, ‘Menteri Dapur’ yang dikendalikan oleh Mawi. Kelas itu dibuat di rumahnya sendiri ketika Sofi keluar bekerja.

Salah seorang pelajarnya yang bernama Irma mula jatuh hati dengan Fauzi. Irma sebenarnya merupakan teman sepejabat dengan Sofi. Kelas masakan Fauzi semakin maju. Beliau menyewa rumah lain untuk menampung penambahan bilangan pelajarnya.

Fanpage ‘Menteri Dapur’ semakin popular dan semakin ramai pengikut. Mawi mencadangkan Fauzi memasuki pertandingan memasak yang dianjurkan oleh salah satu stesen TV. Bagi menjaga rahsianya, beliau memakai topeng semasa pertandingan dan muncul sebagai juara.

Sofi mula syak apabila melihat cincin yang dipakai oleh juara memasak serupa dengan cincin perkahwinan pemberian Sofi. Beliau menyiasat lanjut dan menghubungi pejabat Fauzi dan akhirnya beliau mendapat tahu yang Fauzi sudah 6 bulan berhenti kerja.

Sofi berasa marah dan kecewa. Beliau pergi di tempat kelas memasak Fauzi untuk mendapat kepastian. Irma pula terkejut bila mengetahui yang Fauzi merupakan suami Sofi, rakan sepejabatnya.

Segala rahsia Fauzi terbongkar dan Sofi merajuk dan pulang ke kampung bersama anaknya, Sara. Setelah beberapa hari Fauzi memujuk, namun adakah cubaannya itu berjaya?

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem Aku Menteri Dapur ini seperti Aisya Hasnaa, Qi Razali, Aznah Hamid, Jeff Omar, Rizalwan Ramli, Zarina Mohamad Nor, adik Lea Dyfiena Jannah dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

Qi Razali sebagai Fauzi
Aisya Hasna sebagai Sofi
Jeff Omar sebagai Mawi

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Zulkeflie M. Osman, penulisan skrip daripada Akhbar bersama Fauziah Hj. Mahfodz dan diterbitkan oleh produksi Nur Effendu Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem telefilem Aku Menteri Dapur pada 26 Januari 2024, hari Jumaat menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh tonton secara online di RTM Klik 

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 26 Jun 2023 (Jumaat)
Waktu : 3.00 Petang
Penulis Skrip : Akhbar Hashim, Fauziah Hj. Mahfodz
Pengarah : Zulkeflie M. Osman
Produksi : Nur Effendy Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment