Telefilem Aku Nazmi Di TV3

Saksikan telefilem Aku Nazmi yang akan menemui penonton semula pada 3 Ogos 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga tonton secara online di aplikasi Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Azman Hj Yahya aka Jinggo, nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland dan diterbitkan oleh produksi JS Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 3 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Skrip : Sofia J Rhyland
Pengarah : Azman Hj Yahya
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

aku nazmi

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Dayana Roza, Fathi Shafie, Noraalbaniah dan ramai lagi.

  • Jay Iswazir sebagai Nazmi
  • Ayda Jebat sebagai Ilya
  • Sheila Rusly sebagai Puan Juha

Sinopsis Telefilem Aku Nazmi

Telefilem Aku Nazmi mengisahkan tentang Nazmi yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai sebuah perniagaan dalam talian dengan bantuan sepupunya, Rafi.

Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya bernama Ilya, seorang gadis pekak dan bisu.

Advertisements

Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat tetapi Puan Juha, ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka.

Adakah Nazmi berjaya menyunting Ilya sebagai isterinya?

Leave a Comment