Telefilem Anugerah Di TV2

Sempena bulan Kemerdekaan, RTM bawakan kembali telefilem Anugerah yang akan menemui penonton pada 19 Ogos 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Mejar Zainal Hayat yang juga penulis skrip untuk cerita. Diterbitkan oleh syarikat produksi AR Factor Resources Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 19 Ogos 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Mejar Zainal Hayat
Pengarah : Mejar Zainal Hayat
Produksi : AR Factor Resources Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Zaidi Omar, Mubarak Majid, Kapten Md. Nor Bond (B), Mawar Rashid, Kenji Sawahi, Raff Yaakob Rajamail, Yudi Mohamed Nordin dan ramai lagi.

  • Kenji Sawahi sebagai Ah Keong
  • Zaidi Omar sebagai SJN Samad
  • Mubarak Majid sebagai KPL Harun
  • Kapten Md. Nor Bond (B) sebagai SSJN Deris MP
  • Mawar Rashid sebagai Kamelia

Sinopsis Telefilem Anugerah

Telefilem Anugerah mengisahkan tentang Samad iaitu seorang bekas tentera yang bekerja sebagai pengawal.

Advertisements

Sempena Hari Malaysia, Samad dan rakan-rakan veterannya telah dijemput ke majlis penganugerahan pingat untuk menghargai perjuangan mereka.

Hasrat untuk hadir ke majlis penyerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) tidak kesampaian apabila dia ditembak oleh perompak ketika bertugas menggantikan Muniandy yang berada di hospital kerana isterinya hendak bersalin.

Leave a Comment