Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Apabila Terbit Fajar yang akan menemui penonton semula pada 27 Disember 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Along Kamaludin, nukilan skrip daripada Adza Emie dan diterbitkan oleh syarikat produksi Layar Ceritera Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 27 Disember 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Layar Ceritera Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Ku Faridah, Rania Humaira, Aisyah Kamaludin dan ramai lagi.
- Fasha Sandha sebagai Fiza
- Azhan Rani sebagai Johan
- Watie Sadali sebagai Fatimah
- Ku Faridah sebagai Nek Yati
- Rania Humaira sebagai Fajar
Sinopsis Telefilem Apabila Terbit Fajar
Telefilem Apabila Terbit Fajar mengisahkan tentang Fiza iaitu seorang pelajar cemerlang yang telah diperkosa oleh Mahmood hingga dia melahirkan seorang anak diberi nama Fajar.
Disebabkan ugutan yang diterima daripada Mahmood, Fiza tidak memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya kerana takut akan diapa-apakan.
Akhirnya ibu bapanya ketahui perkara sebenar dan sangat marah dengan perbuatan anak perempuannya dan mereka telah menyembunyikan tentang kelahiran anak luar nikah tersebut.
Akibat tidak tahan dengan layanan dingin ibu bapanya, Fiza bertindak melarikan diri dari rumah dan memulakan kehidupan baru bersama anaknya, Fajar.