Telefilem Arafah Di TV9

Saksikan telefilem Arafah yang akan menemui penonton semula pada 15 Julai 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga saksikan secara online menerusi Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Raja Mukhriz, nukilan skrip daripada PGRs Team, Janjira bersama Chinta Nadessha dan diterbitkan oleh produksi Country & Universal Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 15 Julai 2024 (Isnin)
Idea Asal : Nabila Huda
Skrip : PGRs Team, Janjira, Chinta Nadessha
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

arafah

Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Nabila Huda, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Anne Abdullah, Normah Damanhuri, Ku Faridah Ku Shafie dan ramai lagi.

  • Nabila Huda sebagai Arafah
  • Ku Faridah sebagai Nenek Zah
  • Jasmin Hamid sebagai Kamariah
  • Eizlan Yusof sebagai Omar

Sinopsis Telefilem Arafah

Telefilem Arafah bermula dengan kisah Arafah (30an) bersama anaknya yang berusia 2 tahun duduk dibangku disebuah station kereta api (ETS) Kuala Lumpur.

Muncul dan kemudian duduk disisinya, seorang gadis remaja (Shiren) berusia 18 tahun sedang memadang kesatu arah dengan riak wajah seperti ada masalah.

Advertisements

Melihat keadaan Shiren, Arafah terus terimbas kisah lamanya. Arafah dibesarkan oleh Nenek Zah sewaktu berusia setahun hingga 13 tahun selepas kedua ibu dan bapanya bercerai.

Sewaktu dibawah jagaan neneknya, hidup Arafah sangat berdikari dan akhlaknya masih terkawal. Disebabkan Neneknya yang terlalu mengawal kehidupan remajanya, Arafah mula tertarik untuk menerima pelawaan ibunya yang hidupnya di Kuala Lumpur lebih bersifat urban.

Nenek Zah kecil hati setelah bersusah payah menjaga Arafah begitu mudah Arafah memilih untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya di Kuala Lumpur walaupun pada awalnya ayahnya juga mahu berbuat sedemikian.

Leave a Comment