Telefilem Ayyad Aisyah Di TV3 (Cerekarama)

Saksikan telefilem Ayyad Aisyah yang akan menemui penonton semula pada 20 Julai 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di aplikasi Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Osman Ali, nukilan skrip daripada PGRs Team, Rozie Rashid bersama Aina Hanez dan diterbitkan oleh produksi Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 20 Julai 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : PGRs Team, Rozie Rashid, Aina Hanez
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Primeworks Studios Sdn. Bhd.

ayyad aisyah

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Ayyad Aisyah ialah Ariff Abdullah, Indah Emeerlda, Syazuwan Hassan, Shasha Raman, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Hisham Ahmad Tajudin dan ramai lagi.

  • Ariff Abdullah sebagai Ayyad
  • Indah Emeerlda sebagai Aisyah
  • Syazuwan Hassan sebagai Suhaimi
  • Shasha Raman sebagai Amira
  • Zamarul Hisham sebagai Taha
  • Watie Sadali sebagai Mastura
  • Hisham Ahmad sebagai Hj. Dollah

Sinopsis Telefilem Ayyad Aisyah

Telefilem Ayyad Aisyah mengisahkan seorang kanak-kanak lembam berusia 12 tahun bernama Ayyad yang gemar berkebun dan bermain bola sepak, walaupun tiada kanak-kanak lain mahu bermain dengannya.

Advertisements

Dia mempunyai seorang adik perempuan, Aisyah, berusia 8 tahun. Ayyad sangat menyayangi adiknya dan sanggup melakukan apa sahaja untuknya, begitu juga Aisyah yang sentiasa mempertahankan abangnya setiap kali dia dibuli.

Kehidupan mereka bertambah perit apabila ibu bapa mereka meninggal dunia, menyebabkan mereka dipisahkan dan terpaksa menghadapi pelbagai keperitan hidup. Aisyah yang merindui abangnya nekad melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya untuk mencari Ayyad semula.

Leave a Comment