Telefilem Bahulu Untuk Opah Di TV3

Telefilem Bahulu Untuk Opah akan menemui penonton kembali pada 27 April 2024 menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.

Pada awalnya, telefilem yang menampilkan Remy Ishak sebagai pelakon utama ini ditayangkan pada tahun 2018 dan kini akan temui penonton sekali lagi.

Sinopsis Telefilem Bahulu Untuk Opah

Telefilem Bahulu Untuk Opah mengisahakn tentang Badrul iaitu seorang bekas banduan kembali ke kampung untuk menjaga opahnya, Halimah. Badrul telah dipenjarakan selama 2 tahun kerana mencuri.

Walaupun sering dicaci, dia nekad untuk menyara hidup opahnya yang mempunyai sakit nyanyuk atau Alzheimer. Dia susah mencari kerja kerana seorang bekas banduan.

Badrul teringat masakan kegemaran Opahnya, dan terjumpa resepi Opah. Sejak itu, dia giat membuat bahulu dan berniaga di kampungnya. Ia mendapat sambutan yang baik namun sesuatu yang tidak dijangkakan bakal tiba.

bahulu untuk opah

Pelakon & Watak

Bahulu Untuk Opah menampilkan lakonan daripada Remy Ishak, Ruminah Sidek, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan, Azman Jantan, Esma Daniel, Alieza Shadan dan ramai lagi.

  • Remy Ishak sebagai Badrul
  • Ruminah Sidek sebagai Halimah

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya dan diterbitkan oleh produksi ZK Creative Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Bahulu Untuk Opah yang akan menemui penonton semula pada 27 April 2024, hari Jumaat, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Cereka Pilihan di TV3

Waktu Disiarkan

27 April 2024, hari Sabtu, jam 2.00 petang

Leave a Comment