Saksikan telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi yang akan disiarkan semula pada Ahad, 26 Julai 2026, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3. Selain siaran di televisyen, telefilem ini juga boleh ditonton secara penstriman melalui platform Tonton.
Telemovie ini mula menemui penonton pada 2020. Naskhah ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua, manakala skripnya dihasilkan oleh Haffez Amin dan Zyza Backy. Penerbitannya pula dikendalikan oleh Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 26 Julai 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Haffez Amin
Penulis Skrip : Haffez Amin & Zyza Backy
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Telemovie Balik Kampung Tak Lonely Lagi menampilkan gandingan pelakon terkenal seperti Andi Bernadee, Mas Idayu, Shamsul Ghau Ghau, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Shah Hazvee, Wanns Ahmad, Ady Mohammad dan Roy Azman.
- Andi Bernadee sebagai Megat
- Mas Idayu sebagai Mak Dara
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Lelaki Misteri
- Nik Adam Mika sebagai Ayyad/Hantu
- Shah Hazvee sebagai Syafiq
- Wans Ahmad sebagai Rozaimi
- Ady Mohammad sebagai Safuan
- Zahir Deck sebagai Azlan
- Raja Azmi sebagai Sakinah
- Roy Azman sebagai Bos
Sinopsis Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi
Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi mengisahkan tentang Megat, seorang anak yang terlalu dimanjakan oleh ibunya serta memiliki sikap suka menyendiri. Dia gemar menonton filem seram sehingga terlalu mudah terpengaruh dengan jalan ceritanya, sekali gus memberi kesan terhadap cara dia melihat kehidupan.
Walaupun dianggap sebagai pekerja yang berpotensi di tempat kerja, Megat sering mengelak daripada melaksanakan tugas dan gemar mengambil jalan mudah.
Ketika pulang bercuti ke kampung bersama ibunya, perangai sebenar Megat semakin terserlah. Dia sering berprasangka buruk terhadap orang lain, bersikap menjengkelkan dan gemar meninggalkan komen sinis terhadap gambar pasangan yang bercinta di media sosial.
Sikap negatif itu akhirnya membawa Megat melalui pelbagai pengalaman yang mengubah cara dia memandang kehidupan.
Sumber : semuanyadrama.com





