Telefilem Baran Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Baran yang akan menemui penonton kembali pada Isnin ini menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

Sebuah telefilem yang menceritakan bagaimana isteri yang mempunyai sikap panas baran sekali gus mendera suami. Apa kesudahannya?

telefilem baran

Sinopsis Telefilem Baran

Telefilem Baran mengisahkan tentang sebuah keluarga kecil, pasangan suami isteri antara Malik dan Rania serta seorang anak perempuan bernama Nurul.

Meskipun Malik mempunyai seorang isteri yang cantik dan glamor, tetapi isterisnya iaitu Rania mempunyai sikap panas baran dan mendera suaminya dari segi fizikal, emosi dan juga lisan.

Kenapa beliau bersikap begitu ? Dan kenapa si suami berdiam diri?

Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Kamal Adli, Scha Al-Yahya, Farhana, Qistina, Najwa P. Ramlee, Radhi Khalid, Jehan Miskin, Nisdawati, Dira Abu Zahar, Soosan Ho, Ako Mustapha dan ramai lagi.

Advertisements

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan arahan sutradara Michael Ang dan diterbitkan oleh syarikat produksi Radhikal Films Sdn Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Baran yang akan menemui penonton semula pada 20 Mei 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment