Telefilem Benua Di TV2

Saksikan semula telefilem Benua yang akan menemui penonton kembali pada 2 Julai 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara striming di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Roshafaizal Ariffin, nukilan skrip Afiq Salam bersama Adzakael dan diterbitkan oleh produksi Goldextra Property Management Sdn. Bhd.

Benua dihasilkan dan dilhamkan daripada komik pendek BE:NUA karya Afiq Salam, Adzakel dan Ar. Ahmad Ridha dan kini diterbitkan ke layar perak di kaca tv.

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 2 Julai 2024 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Afiq Salam, Adzakael
Pengarah : Roshafaizal Ariffin
Produksi : Goldextra Property Management Sdn. Bhd.

telefilem benua

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem Benua ialah Nadia Brian, Aliff Hadi, Ayez Shaukat, Zaidie Rustam, Najah Hassan, Nurul Sofia Umairah, Afiq Azman dan ramai lagi.

  • Nadia Brian sebagai Sofea
  • Aliff Hadi sebagai Edan/BENUA
  • Ayez Shaukat sebagai DMMA
  • Zaidie Rustam sebagai Dato Ahmad/Prof Adam
  • Najah Hassan sebagai Sofea (Tua)
  • Nurul Sofia Umairah sebagai Irene
  • Afiq Azman sebagai Aidil

Sinopsis Telefilem Benua

Plot drama yang disampaikan menggunakan teknik “kembali ke masa hadapan” (back to future) ini cukup ringkas tentang seorang askar tentera bersekutu dari tahun 2070 telah dihantar ke bumi pada tahun 2020 untuk memusnahkan BENUA.

Projek BENUA bermaksud Base Electronic Network Unifying Algorithmn, dihasilkan bagi mengatasi masalah pembaziran sumber akibat pengurusan yang tidak cekap yang berlaku di bumi. BENUA menjadi rebutan kerana dapat menjana pendapatan namun hakikatnya ia membawa kesan negatif kepada dunia akan datang.

Kisah berlaku pada tahun 2070 dimana bumi telah musnah kerana kehabisan sumber alam semula jadi seperti air, tumbuhan dan binatang akibat projek BENUA yang dibangunkan bagi mengelak pembaziran.

Menggunakan teknik kembali ke masa hadapan, OMMA seorang askar Tentera Bersekutu dari tahun 2070, telah dihantar kebumi pada tahun 2020 bagi memusnahkan BENUA.

Advertisements
telefilem benua

BENUA adalah sebuah mesin yang direka oleh seorang pelajar bernama EDAN bagi menguruskan pembaziran sumber yang berlaku dibumi terutama oleh manusia. SOFEA jatuh hati pada EDAN kerana keihklasan dan kebijaksanaan pemuda itu dan bergabung melaksanakan BENUA.

Dato Ahmad seorang jutawan robotik juga berminat mendapatkan BENUA untuk tujuan komersil. Beliau telah mengajak EDAN bekerja dengannya dan membayar gaji yang lumayan. Walaubagaimana pun setelah sedar akan kebaikan SOFEA, EDAN kembali semula bekerja dengan SOFEA.

Dalam pergelutan mendapatkan BENUA, Dato Ahmad secara tidak sengaja telah membunuh EDAN. SOFEA meneruskan projek BENUA dari tahun 2050 sehingga tahun 2070.

Akibat terus menggunakan BENUA, sumber dibumi makin pupus. Dato Ahmad dari tentera bersekutu yang sedar akan kesilapannya telah menangkap SOFEA dan BENUA untuk dimusnahkan. Namun adakah usahanya itu berjaya? 

Leave a Comment