Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Bertaut Kasih yang akan menemui penonton semula pada 21 Februari 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 dan secara online di Tonton.
Tayangan Asal : 2011
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 21 Februari 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Ryzal Jaafar, Fathia Latiff, Fida Ibrahim, Lydiawati, Liza Zain dan ramai lagi.
- Ryzal Jaafar sebagai Fauzi
- Fathia Latiff sebagai Yasmin
Sinopsis Telefilem Bertaut Kasih
Telefilem Bertaut Kasih mengisahkan tentang Fauzi yang terpaksa berkahwin dengan Yasmin, gadis pilihan ibunya.
Walaupun tidak mempunyai perasaan terhadap Yasmin, Fauzi tetap meneruskan perkahwinannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Empat tahun berlalu, Fauzi dan Yasmin dikurniakan seorang anak lelaki dan mereka telah berpindah ke bandar.
Fauzi bertugas sebagai seoarang arkitek manakala Yasmin merupakan suri rumahtangga sepenuh masa.
Walaupun pada dasarnya mereka nampak bahagia namun perasaan cinta masih belum wujud di hati Fauzi yang sering merasakan kekosongan. Apakah kesudahan drama ini?