Telefilem Bila Kau Tiada Di TV2

Saksikan telefilem Bila Kau Tiada yang akan menemui penonton pada 1 Julai 2024, bersiaran semula pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan sutradara Haris Kadir dan diterbitkan oleh syarikat produksi CMA Media Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 1 Julai 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Haris Kadir
Produksi : CMA Media Sdn. Bhd.

bila kau tiada

Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Rita Rudaini, Zamarul Hisham, Azhar Sulaiman, Wan Mahani, Wan Hassan, Saad Man, Suraya Saad dan ramai lagi.

  • Rita Rudaini sebagai Sarah
  • Zamarul Hisham sebagai Lokman
  • Azhar Sulaiman sebagai Ikmal

Sinopsis Telefilem Bila Kau Tiada

Telefilem Bila Kau Tiada mengisahkan tentang Sarah sering merungut kerana suaminya, Lokman tidak mampu memberikan kehidupan yang senang dan selesa kepadanya.

Advertisements

Dengan izin Allah, Sarah telah diberikan peluang untuk merasa satu kehidupan yang mewah dan sangat berbeza daripada kehidupannya sekarang bersama suami baru.

Manakala Lokman terus hidup susah melihat kesenangan Sarah sebagai isteri kepada orang lain. Adakah kemewahan yang diminta oleh Sarah itu merupakan pilihan yang tepat untuk dirinya?

Leave a Comment