Saksikan telefilem Bila Nat Bergincu yang akan menemui penonton pada 21 Ogos 2022, hari Ahad pada jam 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Sixbase Resources Sdn. Bhd, diarahkan oleh Rahila Ali dengan penulisan skrip daripada Amirul Haswendy.
Sinopsis Telefilem Bila Nat Bergincu
Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Keith Foo, Zera Hariz, Amy Nur Tinie, Melanie Tan, Laila Nasir, Shamsul Ghau Ghau, Tengku Tieya, Amirul Heswandy dan ramai lagi.
Ianya mengisahkan tentang kehidupan Nat iaitu seorang yang berperwatakan tomboi telah berubah menjadi seorang wanita dan bergincu.
Apa yang berlaku kepada Nat sebenarnya?

Sumber : aimanabdullah.com