Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV3

TV3 bawakan kembali telefilem Bila Tiba Saatnya yang mana akan menemui penonton pada 22 Jun 2024, bersiaran pada hari Sabtu menerusi slot Cereka Pilihan. Selain itu, boleh juga striming di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan sutradara Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 22 Jun 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

bila tiba saatnya

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat seperti Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Kodi Rashid, Zulkifli Ismail, Iswazir Ismail dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nazim Ohtman sebagai Mohd Nazim
  • Syazwa Zulkifli sebagai Rosman
  • Kodi Rashid sebagai Moin
  • Rusdi Ramli sebagai Aziz
  • Zulkifl Ismail sebagai Majid
  • Jay Iswazir sebagai Azmir
  • Dian P. Ramlee sebagai Munah
  • Niena Baharun sebagai Nadrah

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya

Telefilem Bila Tiba Saatnya mengisahkan tentang dua orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan dikampung halaman yang sama.

Rosman iaitu seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya.

Advertisements

Beliau pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut. Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat.

Mohd Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster. Mohd Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital.

Memang arwah Mohd Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

Leave a Comment