Telefilem Bisu Di TV3

Jika anda tiada aktiviti pada hujung minggu ini, jangan lupa untuk saksikan kembeli telefilem Bisu yang akan menemui penonton semula menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.

Sebuah kisah bagaimana pasangan sanggup menipu untuk meraih simpati orang ramai sehingga ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit utuknya.

telefilem bisu

Sinopsis Telefilem Bisu

Telefilem Bisu mengisahkan tentang Nazim menyesal tak sempat berjasa dan menunaikan umrah untuk ibunya. Dia mencari calon ibu yang sesuai untuk disedekahkan pakej umrah. Doanya dimakbul bila terjumpa dengan Mak Nong, peminta sedekah yang bisu.

Namun begitu, sifat simpati yang diberikan oleh Nizam kepada Mak Nong telah dipermainkan. Adakah kebenaran akhirnya bersuara?

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Khatijah Tan, Syazuwan Hassan, Kamarool Hj. Yusof, Elisya Sandha, Dewa Sapri dan ramai lagi.

Advertisements
  • Khatijah Tan sebagai Mak Nong
  • Syazuwan Hassan sebagai Nizam
  • Kamarool Hj Yusoff sebagai Borhan
  • Elisya Sandha sebagai Amida
  • Hariesa sebagai Mak Nong (Muda)
  • Shazwan Zulkifly sebagai Borhan (Muda)
  • Dewa Sapri sebagai Mak Teh

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan semula telefilem Bisu yang akan menemui penonton pada 1 Jun 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment