Telefilem Bourgainvillea Di TV2

RTM akan bawakan kembali telefilem Bourgainvillea yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 dan kini akan menemui penonton semula pada 5 Februari ini.

Telefilem yang diinspirasikan daripada novel Bourgainvillea karya Packy Sidique ini menampilkan lakonan daripada Amelia Henderson, Idris Khan, Azhan Rani dan ramai lagi.

bourgainvillea

Sinopsis Telefilem Bourgainvillea

Telefilem Bourgainvillea mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nina yang hilang tanpa kesan secara tiba-tiba.

Hakimi kekasihnya seorang Polis, buntu dan masih tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada Nina.

Apa yang berlaku terhadap Nina? Berjayakan misteri kehilangannya dibongkar.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Amelia Henderson, Idris Khan, Azhan Rani, Hady Tahir, Medina Thia, Arief Farhan, Nur Atykah, Abell Abella, Zaliey Suhaili dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Amelia Henderson sebagai Nina & Deena
  • Idris Khan sebagai Ammar Hakimi
  • Azhan Rani sebagai Macho Man & Zekry
  • Hady Tahir sebagai Tuan Rasyid
  • Medina Thia sebagai Sarjan Teera
  • Arief Farhan sebagai Banduan Cinta

Produksi & Pengarah

Telefilem Bourgainvillea merupakan arahan Abdul Azizi Awang Ghazli, penulisan skrip daripada Siti Solehah dan diterbitkan oleh produksi Xsense Studios.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Bourgainvillea pada 5 Februari 2024, hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 5 Februari 2024 (Isnin)
Skrip : Siti Solehah
Pengarah : Abdul Azizi Awang Ghazali
Produksi : Xsense Studios

Leave a Comment