Telefilem Bukan Cinta Monyet Di TV9

Saksikan telefilem Bukan Cinta Monyet yang akan menemui penonton pada 21 Jun 2024, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan arahan sutradara Azmi Hata, nukilan skrip daripada Hasliza Ismail dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2013
Bersiaran : Slot Skri Di 9 di TV9
Tarikh : 21 Jun 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Pengarah : Azmi Hata
Penulis Skrip : Hasliza Ismail
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

bukan cinta monyet

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fahrin Ahmad, Risteena, Ziela Jalil, Farahdiya, Zain Saidin, Kismah Johar, Ustaz Nazly, Octovia Manrose dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fahrin Ahmad sebagai Kamal Ilham
  • Risteena sebagai Nurul Suhana
  • Ziela Jalil sebagai Datuk Noura Azlin
  • Farahdiya sebagai Annetalia
  • Zain Saidin sebagai Alvin Iskandar
  • Kismah Johar sebagai Siti Rahmah
  • Ustaz Nazly sebagai Pak Majid
  • Octovia Manrose sebagai Nita

Sinopsis Telefilem Bukan Cinta Monyet

Telefilem Bukan Cinta Monyet mengisahkan tentang Kamal Ilham hadir ke dalam hidup Nurul Suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang hanya Kamal Ilham seorang sahaja yang tahu. Hadirnya sebagai anak angkat kepada umi telah membawa sinar bahagia kepada mereka dua beranak.

Lapan tahun Kamal Ilham dan Nurul Suhana terpisah apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air, Nurul Suhana yang baru menginjak ke usia tujuh belas tahun mula terusik dengan ketampanan Kamal Ilham.

Hati remajanya mula berbunga cinta. Namun, kawan baiknya mengingatkannya bahawa perasaan yang sedang memekar di dalam hatinya itu tak ubah seperti cinta monyet. Nurul Suhana pula yakin cintanya itu bukanlah cinta monyet.

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul Suhana yang menaruh harapan terhadap Kamal Ilham. Walaupun kedudukan Nurul Suhana agak istimewa di hati Kamal Ilham, dia yakin sayangnya pada Nurul Suhana persis sayang seorang abang kepada adik sahaja. Dia memilih untuk menyedarkan Nurul Suhana dari lena yang indah dengan menyunting Annetalia sebagai tunangnya.

Advertisements

Kecewa dengan pertunangan Kamal Ilham dan Annetalia, Nurul Suhana bertindak menjauhkan diri daripada Kamal Ilham. Tambahan pula dengan kejadian malang yang telah mencacatkan sebahagian tubuhnya. Nurul Suhana tenggelam di lautan kesedihannya yang tidak bertepi.

Mendung tidak selamanya memayungi hidup Nurul Suhana. Alvin hadir menceriakan hari-harinya. Semakin lama hubungan mereka berdua semakin rapat dan mesra. Ini telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Kamal Ilham.

Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?

Leave a Comment