Telefilem Cassandra Di TV3

Malam hujung minggu anda akan disajikan kembali telefilem Cassandra yang akan bersiaran menerusi saluran TV3 untuk tontonan ramai.

Telefilem yang menampilkan gandingan daripada Syazuwan Hassan bersama Emma Maembong sebagai teraju utama.

telefilem cassandra

Sinopsis Telefilem Cassandra

Telefilem Cassandra mengisahkan tentang Cassandra yang tinggal di sebuah kampung dengan ayahnya iaitu seorang hartawan bernama Hj. Fauzan.

Casandra adalah gadis kacukan Melayu-Inggeris. Ibu Cassandra (warga Inggeris) dinikahi Hj Fauzan ketika bekerja di sana.

Hj. Fauzan bekerja di ladang milik ayah mertuanya. Tapi ketika lewat 80an, ayah mertuanya meninggal dunia dan bisnes mereka mula goyah dan terpaksa ditutup.

Mengenangkan tiada sesiapa di sana lagi, termasuk keluarga sebelah isterinya di mana kedua-dua orang tuanya dah meninggal, Hj. Fauzan membawa isterinya kembali ke Malaysia.

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Emma Maembong, Syazuwan Hassan, Ikmal Amry, Shasha Raman, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Dilla Ahmad, Julia Ziegler, Mama Sheeda dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai Cassandra
  • Syazuwan Hassan sebagai Luqman
  • Ikmal Amry sebagai Zaiyad
  • Shasha Raman sebagai Shakila
  • Zamarul Hisham sebagai Hj. Fauzan
  • Watie Sadali sebagia Hajah Melur

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Along Kamaludin, nukilan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh syarikat produksi SR One Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Cassandra yang akan menemui penonton semula pada 31 Mei 2024, bersiaran pada hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment