Table Of Content
Saksikan telefilem Check In yang akan bersiaran semula pada 2 Disember 2024, hari Isnin, jam 9.20 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau anda juga boleh strim secara online percuma di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada sekitar tahun 2018 ini merupakan arahan Zul Huzaimy Marzuki, nukilan skrip daripada Muhammad Hamizi Jaminan dan diterbitkan oleh produksi Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 2 Disember 2024 (Isnin)
Waktu : 9.20 malam
Pengarah : Zul Huzaimy
Skrip : Muhammad Hamizi
Produksi : Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Pelakon Dan Watak
Berikut antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Elisya Sandha, Azrel Ismail, Riena Diana, Zainol Macwilson, Maria Farida, Awien Nazri dan ramai lagi.
- Elisya Sandha sebagai Qayla
- Azrel Ismail sebagai Farid
- Riena Diana sebagai Sheila
- Zainol Macwilson sebagai Hashim
- Maria Farida sebagai Suzan
- Awien Nazri sebagai Tasya
Sinopsis Telefilem Check In
Telefilem Check In mengisahkan Natasha iaitu seorang pelajar IPT yang gemar berkongsi semua aktivitinya di media sosial.
Pada masa yang sama, dia sedang diperhatikan oleh salah seorang pengikutnya yang mempunyai niat jahat.
Satu hari, Natasha telah rancang untuk bercuti, namun semuanya berakhir dengan kejadian yang tidak diingini. Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah Natasha akan selamat pada akhirnya?