Telefilem Cik Shopaholic Di TV9

Kini anda akan disajikan kembali sebuah cerita romantik komedi berjudul Cik Shopaholic yang akan ditayangkan semula pada 3 Mei ini menerusi slot Skrin Di 9.

Sebuah karya yang menampilkan gandingan Puteri Aishah dan Ungku Ismail Aziz sebagai terajun utama sepanjang penceritaan.

Cik Shopaholic

Sinopsis Telefilem Cik Shopaholic

Telefilem Cik Shopaholic mengisahkan tentang Razi seorang yang sangat cerewet dan tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan.

Manakala Hezliza pula sangat boros dalam soal berbelanja. Kebetulan bapa kepada Razi & Hezliza adalah rakan dalam dunia perniagaan.

Mereka bercadang ingin menjodohkan Razi dan Hezliza dengan harapan Razi dapat mengubah sikap Hezliza.

Razi menyedari kelebihan yang dimiliki Hezliza iaitu pandai memasak dan masakannya memang sedap. Razi mendapat idea untuk merealisasikan impian memiliki kafe yang terkubur beberapa tahun lalu.

Tanpa Razi sedar, secara senyap-senyap Hezliza mengulangi perangai lamanya. Dia kembali boros dan berbelanja sehinggalah tembelangnya pecah apabila Razi menemui beberapa barangan berjenama yang dibelinya senyap-senyap.

Hezliza akhirnya terpaksa mengaku membeli belah sebagai terapi kepada tekanan perasaan dan kepenatan yang ditanggungnya sepanjang mengendalikan kafe.

Pelakon Dan Watak

Cik Shopaholic menampilkan lakonan daripada Ungku Ismail Aziz, Puteri Aishah, Marissa Yasmin, Sharifah Shahora, Azhar Amir, Sherinie Myra, Kamsani Ismail dan ramai lagi.

Advertisements
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Razi
  • Puteri Aishah sebagai Hezliza
  • Marissa Yasmin sebagai Jasmiah
  • Sharifah Shahora sebagai Suraya
  • Azhar Amir sebagai Sabri
  • Sherinie Myra sebagai Sabrina
  • Kamsani Ismail sebagai Kasim

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan sutradara Hadith Omar, nukilan skrip daripada Sharifah Abu Salem dan diterbitkan oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Cik Shopaholic yang akan menemui penonton pada 3 Mei 2024, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan di online Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Skrin Di 9 di TV9

Waktu Disiarkan

3 Mei 2024 (Jumaat), jam 8.30 malam

Leave a Comment