Telefilem Cinta Kucing Parsi Di TV3

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, TV3 bawakan kembali telefilem Cinta Kucing Parsi yang akan menemui penonton pada hujung minggu ini menerusi slot Cerekarama.

Sebuah telefilem kemasyarakatan yang menampilkan lakonan seperti Sean Lee, Adeline Tsen, Nadzmi Adhwa, Angeline Tan dan ramai lagi.

cinta kucing parsi

Sinopsis Telefilem Cinta Kucing Parsi

Telemovie Cinta Kucing Parsi mengisahkan tentang kehidupan dua sahabat, Alex dan Ikmal yang hidup menganggur. Dek kerana tidak ada kerja, banyak masa dibuang begitu sahaja.

Pada satu hari, oleh kerana tidak mempunyai duit, Alex dan kawan baiknya, Ikmal ingin merompak sebuah kedai tetapi mereka gagal. Mereka berdua melarikan diri dengan manaiki motor.

Apabila sudah panik melarikan diri, Alex terlanggar seorang gadis yang bernama Sharon. Nasib baik semua tidak cedera parah.

Pada masa yang sama, Alex telah jatuh cinta dengan wanita tersebut. Demi memenangi hati wanita itu, Alex mula berubah perangai.

Ikmal turut memberikan sokongan kepada temannya untuk menjayakan misinya dalam memenangi hati Sharon.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Sean Lee, Adelina Tsen, Nadzmi Adhwa, Angeline Tan, Jessie Lim, Acong Sweetchild, Mandy Chong, Ellika Azman dan ramai lagi.

Terdapat juga penampilan khas daripada Ozlynn Waty dan Mak Jah dalam cerita ini.

Watak Lakonan

  • Sean Lee sebagai Alex
  • Adeline Tsen sebagai Sharon
  • Nadzmi Adhwa sebagai Ikmal
  • Angeline Tan sebagai Margaret
  • Jessie Lim sebagai Boon Chai
  • Acong Sweetchild sebagai Doktor
  • Mandy Chong sebagai Nancu
  • Ellika Azman sebagai Candy

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Zamri Zakaria, penulisan skrip daripada Rosmadewi Zain dan diterbitkan oleh produksi Macheallstar United Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Tonton telefilem Cinta Kucing Parsi yang akan menemui penonton pada 10 Februari 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 dan Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 10 Februari 2024 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Rosmadewi Zain
Penulis Skrip : Rosmadewi Zain
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : MacheAllstar United Sdn. Bhd.

Leave a Comment