Telefilem Dania Di TV3

Bagi yang terlepas untuk menyaksikan telefilem Dania, TV3 akan bawakan sekali lagi cerita tersebut yang akan ditayangkan pada Sabtu depan di slot Cerekarama.

Sebuah telemovie yang pernah popular sebelum ini apabila dibarisi pelakon-pelakon hebat antaranya Aedy Ashraf, Puteri Balqis dan Aida Aris.

teleflem dania

Sinopsis Telefilem Dania

Telefilem Dania mengisahkan tentang Dania iaitu seorang remaja yang menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial.

Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu.

Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.

Pelakon & Watak Lakonan

Antara pelakon yang terlibat seperti Aeday Ashraf, Puteri Balqis, Fezrul Khan, Aida Aris, Nafiez Zaidi, Wafariena Roslan, Qistina Khalid, Gambit Saifullah, Rashidah Jaafar dan ramai lagi.

  • Puteri Balqis sebagai Dania
  • Aedy Ashraf sebagai Luman
  • Fezrul Khan sebagai Cikgu Bahar
  • Aida Aris sebagai Aida
  • Nafiez Zaidi sebagai Akif
  • Wafariena Roslan sebagai Peguam
  • Qistina Khalid sebagai Sarimah
  • Gambit Saifullah sebagai Cikgu Adnan

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Eyra Rahman, nukipan skrip daripada Eenaz Mokhtar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Dania yang akan menemui penonton semula pada 20 April 2024, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau secara online di Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Cerekarama di TV3

Waktu Disiarkan

20 April 2024 (Sabtu), 10.00 malam

Leave a Comment