Telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu Di TV3

Telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu akan menemui penonton kembali yang mana akan bersiaran menerusi saluran TV3.

Sebuah cerita dengan genre romantik ini menampilkan pelakon jelita, Nadia Brian bersama pelakon-pelakon lain seperti Ashraf Muslim, Eina Azman dan ramai lagi.

dari hatiku ke hatimu

Sinopsis Telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu

Telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu mengisahkan tentang Ayla Yanira iaitu seorang gadis Pulau Langkawi yang membenci lelaki terutama dari Kuala Lumpur.

Ayla memiliki sifat sedemikian kerana tragedi putus cinta akibat jarak jauh. Keadaan berubah dengan kehadiran Zaid Hidayat, jejaka dari KL yang melancong dan tinggal di hotel Ayla bekerja.

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Ashraf Muslim, Datin Paduka Eina Azman, Nadia Brian, Syazwan Zulkifly, Dalimawati, Nissa Anne, Hawa Fasha, Zakwan Zainuddin dan ramai lagi.

Advertisements
  • Ashraf Muslim sebagai Zaid Hidayat
  • Datin Paduka Eina Azman sebagai Ayla Yanira
  • Nadiah Brian sebagai Silya
  • Syazwan Zulkifly sebagai Megat Osman

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Eoon Shuhaini, nukilan skrip daripada Janjiran bersama PGRs Team dan diterbitkan oleh produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Dari Hatiku Ke Hatimu yang akan menemui penonton semula pada 10 Mei 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 dan online Tonton.

Leave a Comment