Telefilem Dari Jauh Di TV3 (Cerekarama)

Hujung minggu anda akan disajikan kembali telefilem Dari Jauh yang mana akan bersiaran pada 13 Julai 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan sutradara hebat Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh syarikat produksi Country Universal Sdn Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 13 Julai 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

dari jauh

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara nama-nama yang membitangi telemovie ini seperti Ariff Bahran, Shiha Zikir, Sandra Dianne, Syazwan Zulkifly, Azhan Rani, Shazzyra Edora, Liza Abdullah, Azhan Rani, Muhd Ameer Imran dan ramai lagi.

  • Ariff Bahran sebagai sebagai Erul
  • Shiha Zikir sebagai Emi

Sinopsis Telefilem Dari Jauh

Telemovie Dari Jauh mengisahkan tentang kehidupan Erul dan Emi yang telah kehilangan ibu bapanya apabila mereka kerana terlibat dalam kemalangan. Ibubapanya merupakan ahli kumpulan band The Kugirans dan selalu membuat persembahan di majlis kahwin.

Selepas kejadian tersebut, maka bermulalah episod baru dalam hidup Erul dan Emi apabila mereka terpaksa tinggal bersama Pakcu. Pakcu terlalu garang, pantang silap sikit pasti dipukul.

Dua beradik itu tertekan dan akhirnya Erul mengajak Emi melarikan diri. Sejak itu, Erul dan Emi tinggal berdua. Mereka tiba di Kuala Lumpur dan hidup sebagai peminta sedekah serta penyanyi.

Advertisements

Apabila sudah dewasa, Erul bekerja di sebuah restoran sebagai tukang cuci pinggan manakala Emi pula bekerja di pasaraya. Erul gemar muat naik video nyanyian dia dan adiknya di YouTube.

Pada mulanya tidak ramai yang menonton videonya namun akhirnya dia berjaya mendapat puluhan ribu pengikut di laman sosial itu.

Kemunculan Nasha, seorang instafamous mengajak Erul untuk berduet dengannya tanpa dia sedari adiknya Emi berkecil hati dengan Erul kerana memilih Nasha daripada dia.

Leave a Comment