Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih Di TV3

Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih akan menemui penonton semula pada Jumaat ini menerusi slot Wayang dimana akan disiarkan di saluran TV3.

Sebuah cerita bagaimana Hattan yang sanggup keluar dari kampung dan meninggalkan kekasihnya demi mengejar cita-cita untuk menjadi penyanyi rock.

dari kekasih kepada kekasih

Sinopsis Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih

Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih mengisahkan Hattan iaitu seorang pemandu lori sering menghantar barang dari ibu kota ke Kuala Pilah. Setiap kali dia ke sana, dia tanpa henti akan berhenti di satu tempat memerhatikan bekas kekasihnya, Rita.

Mengimbas kembali sejarah lampau 20 tahun yang lalu, Rita berkahwin dengan abangnya, Zakuan tanpa rela. Perkahwinan mereka gagal, dan dikurniakan seorang anak bernama Amir.

Hattan kecewa membawa diri ke Kuala Lumpur untuk menjadi penyanyi rock tapi gagal. Konflik bermula apabila dia menyelamatkan Rita dan Amir daripada Zakuan yang sering menjadi menggangu hidup mereka.

Pelakon Dan Watak

Telefilem ini menampilkan lakonan daripada Dato’ Hattan, Sharifah Shahira, Syamim Razi, Aman Graseka, Joey Daud, Izwan Ansor, Ropie, Ahmad Tarmizi, Noor Shaida dan ramai lagi.

  • Dato’ Hattan sebagai Hattan
  • Sharifah Shahira sebagai Ira
  • Syamim Razi sebagai Amir
  • Aman Graseka sebagai Zaidi
  • Joey Daud sebagai Joey
  • Izwan Ansor sebagai Bobby
  • Ropie sebagai Budin

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 yang merupakan idea asal dariapda Zafran Aziz ini merupakan arahan Jamal Khan dan diterbitkan oleh produksi Primeworks Studios.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih yang akan bersiaran semula pada 3 Mei 2024, hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga striming di aplikasi Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Wayang di TV9

Waktu Disiarkan

3 Mei 2024 (Jumaat), 1.00 tengah hari

Leave a Comment