Telefilem Delusi Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Delusi yang akan menemui penonton semula pada 24 Jun 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di tv9 atau boleh striming di aplikasi Tonton.

Telefilem ini asalnya ditayangkan pada tahun 2013 dengan menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Faizal hussein, Sharifah Amani, Zizie Ezette dan ramai lagi.

Tayangan Asal : 2013
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 24 Jun 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Azmi Aizal
Produksi : BZ2121 Productions

delusi

Barisan Pelakon

Selain daripada Faizal, Sharifah dan Zizie, terdapat juga nama-nama lain yang terlibat dalam telefilem ini seperti Azhan Rani, Tunku NorHanis, Sherry Abdullah, Azma Aizal dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Faizal Hussein sebagai Dato’ Hanif
  • Sharifah Amani sebagai Sabrina
  • Zizie Izette sebagai Jihan
  • Azhan Rani sebagai Zarul
  • Tengku Nor Hanis sebagai Amy
  • Sherry Abdullah sebagai Kak Dah

Sinopsis Telefilem Delusi

Telefilem Delusi mengisahkan tentang Dato’ Hanif yang telah kehilangan isteri kesayangannya Amy dalam satu kemalangan ngeri bersama pekerjanya bernama Zarul, yang mempunyai masalah mental (psiko).

Amy diculik oleh Zarul dan tanpa diduga, kereta yang dipandu telah terbabit dalam kemalangan dan mengakibatkan keduanya meninggal dunia.

Di sebabkan kesedihan yang mengganggu jiwanya, Dato’ Hanif membuat keputusan untuk meninggalkan banglo itu. Dato’ Hanif telah kembali ke banglo tersebut bersama isteri barunya, Sabrina, yang juga merupakan jururawat yang menjaga beliau ketika sakit.

Jihan, adik Dato’ Hanif, tidak bersetuju abangnya berpindah ke banglo itu, apatah lagi dengan perkahwinan abangnya dengan Sabrina.

Advertisements

Sejak berpindah, pelbagai insiden berlaku kepada Dato’ Hanif. Beliau sering ternampak kelibat Zarul tetapi beliau sangkakan ia hanyalah delusi sahaja. Gangguan di banglo Bukit Tunku semakin ketara dan pelbagai insiden berlaku sehinggakan Sabrina mengambil keputusan keluar dari banglo itu.

Ketika Sabrina meninggalkan rumah itu, dia diculik oleh seseorang. Kemunculan Zarul, pekerja Dato Hanif yang dianggap delusi membongkar segala rahsia akhirnya.

Apakah misteri yang tersimpan di dalam banglo itu? Adakah ianya hanya delusi yang dialami oleh Dato’ Hanif?

Leave a Comment