Table Of Content
Jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Derita Pia yang akan bersiaran pada hari Sabtu, 25 Januari 2025, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan secara striming di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Azman Yahya, nukilan skrip daripada Sofia J. Rhyland dan diterbitkan oleh syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 25 Januari 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Penulis Skirp : Sofia J. Rhyland
Pengarah : Azman Yahya aka Jinggo
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail Syifa Melvin dan ramai lagi.
- Zara Zya sebagai Pia
- Alif Satar sebagai Zafran
- Naim Daniel sebagai Budi
- Azira Shafinaz sebagai Qis
- Sheila Rusly sebagai Mak Ngah Ila
Sinopsis Telefilem Derita Pia
Qis, yang lama menghilang tanpa berita, tiba-tiba muncul semula dalam kehidupan Zafran. Dia mengaku masih mencintai Zafran dan berhasrat untuk mengahwininya, apatah lagi Pia, isteri Zafran, tidak mampu hamil lagi.
Qis merayu kepada Pia untuk merestui kehadirannya dengan alasan dia hanya ingin membantu meringankan beban Pia dalam menjaga Zafran dan memberikan zuriat kepadanya.
Menyedari kekurangan diri, Pia akhirnya reda menerima Qis sebagai madu. Namun, pengorbanannya tidak dihargai. Selepas Qis disahkan hamil, Pia mula dipinggirkan hingga membuatkan dia nekad untuk mengundurkan diri.
Zafran, yang tidak mahu kehilangan Pia, berusaha memperbaiki hubungan mereka. Pia akhirnya meluahkan segala rasa yang selama ini terpendam, membuatkan Zafran tersedar akan kesilapannya yang sering mengabaikan Pia.
Namun, takdir tidak memihak kepada mereka. Satu kemalangan jalan raya telah mengubah segalanya. Setelah sedar dari koma, Zafran terkejut apabila penglihatannya kembali pulih.
Namun, kegembiraan itu pudar apabila dia menyedari Pia telah pergi buat selama-lamanya. Saat itulah Zafran benar-benar menginsafi bahawa dia telah kehilangan satu-satunya insan yang paling jujur dan ikhlas mencintainya.