Telefilem Doktor Idaman Di TV3

Hujung minggu ini, jika anda tiada aktiviti, apa kata anda saksikan telefilem Doktor Idaman yang akan bersiaran semula di kaca tv menerusi saluran TV3.

Sebuah telefilem romantik komedi yang mana menampilkan gandingan 3 pelakon ternama iaitu Nadiya Nisaa, Bella Astillah dan Dee Alhadi.

doktor idaman

Sinopsis Telefilem Doktor Idaman

Telefilem Doktor Idaman mengisahkan tentang tiga wanita urban iaitu Sarah, Meen dan Dada yang jatuh cinta kepada seorang doktor hensem lagi kacak iaitu Dr. Imal di Klinik Idaman.

Ketiga-tiga mereka gilakan doktor itu tapi hanya seorang saja yang berjaya mencuri hatinya. Adakah mereka jatuh sakit atau sebenarnya mereka jatuh cinta?

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Nadiya Nisaa, Bella Astillah, Dee Alhadi, Azrel Ismail, Nik Rafa’ie dan ramai lagi.

Advertisements
  • Nadiya Nisaa sebagai Sarah
  • Bella Astillah sebagai Meen
  • Dee Alhadi sebagai Dada
  • Azrel Ismail sebagai Dr. Imal

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Liyana Jasmay, nukilan skrip dan idea asal daripada Fatin Syamimie serta diterbitkan oleh produksi Mermaid Studios.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Doktor Idaman yang akan menemui penonton semula pada 25 Mei 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment