Telefilem Enam Sebelah Di Tonton

Jangan lupa untuk saksikan Enam Sebelah sebuah telefilem original Tonton yang akan mula disiarkan pada 19 Jun 2024 secara eksklusif hanya di laman penstriman online Tonton.

Telefilem yang membawa genre aksi sukan bola sepak ini merupakan arahan Hashim Rejab, nukilan skrip daripada Hafiz Abdullah aka Lepat dan diterbitkan oleh syarikat produksi Razor Edge

Tayangan : Tonton Original
Tarikh : 19 Jun 2024
Penulis Skrip : Hafiz Abdullah
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Razor Edge

Barisan Pelakon

Telefilem Enam Sebelah menampilkan lakonan daripada Aniq Suhair, Arena Wan, Wafiy Ilhan, Fadhli Masoot, Lisa Marina, Rykarl Iskandar, Wan Raja, Josiah Hogan, Taqim Zaki, Raihan Darman, Azman Adnan, Fuad Rahman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aniq Suhair sebagai Yasin
  • Arena Wan sebagai Sofea
  • Wafiy Ilhan sebagai Khalid
  • Fadhli Masoot sebagai Karim
  • Lisa Marina sebagai Julia
  • Rykarl Iskandar sebagai Ryan
  • Wan Raja sebagai Coach Adam
  • Josiah Hogan sebagai Coach Umar
  • Taqim Zaki sebagai Nizar
  • Raihan Darman sebagai Sufi
  • Muniswaran sebagai Kevin
  • Apan Malek sebagai Abang Burger
enam sebelah

Sinopsis Telefilem Enam Sebelah

Telefilem Enam Sebelah mengisahkan tentang Yasin iaitu seorang bintang bola sepak bagi pasukan Majidee United sering menjadi tumpuan utama setiap kali perlawanan berlangsung. Yasin bersama kawan baiknya Karim sudah lama bernaung di bawah pasukan itu.

Pasukan Majidee United merupakah antara pasukan yang digeruni di sekitar Johor Bahru di samping musuh utamanya, Perling Rovers.

Advertisements

Menjelang kejohanan Enam Sebelah yang bakal dianjurkan, pasukan Perling Rovers mahukan perubahan.

Jurulatih mereka telah membawa masuk dua pemain baru, Khalid dan Kevin bagi mengubah nasib pasukan.

Konflik tercetus apabila Yasin mengalami kecederaan menyebabkan pasukan Perling Rovers kerap kali memenangi perlawanan dan Khalid kini menjadi tumpuan utama. Mampukah Majidee United menumpaskan Perling Rovers?

Leave a Comment